She is ADILA ...

Thursday, July 21, 2011

Apa hebat sangatkah ambik Laki orang nieh?

Just wanna share something with u all guys!

Pernah tak anda terfikir akan berkongsi kasih ayah anda dengan seorang wanita selain daripada ibu anda? Jika ya, apakah anda rasa ianya satu kebahagiaan atau ianya cuma satu penderitaan. Kadang-kadang orang akan bercakap "dah jodoh nak buat camner". Tapi tidakkah anda tahu bahawa jodoh itu boleh diubah. Tapi andai itu takdir yang tidak boleh dielak, memang takleh nak cakap ape daaa kan~ Ianya suka sama suka. Anything can happen rite.

Saya jugak pernah terlibat dengan "terkasih pada suami orang". Ini cerita saya sendiri. Bila 2,3 kali keluar saya masih lagi boleh bertahan dengan alasan dibajai dengan kehebatan nilai wang ringgit. Tapi bila si dia terpaksa berbohong dengan wanita yang selama ini sanggup bersusah senang dengannya, saya jadi tawar hati. Akal logik saya berfikir sejenak, apa kesudahannya nanti? It's more to nothing bagi saya lah. Saya jugak terpaksa letak diri saya ditempat wanita yang dipanggil isterinya itu. Masa itulah saya nekad utk stop! Stop and enough. Saya fikir lagi andai abah saya buat tipu mak saya sama macam dia tipu wife dye, apa perasaan saya sebagai anak. Dengan nekadnya, saya cakap xde istimewanya jadi orang ketiga.

Saya masih tak faham macamana sanggupnya seorang wanita yang cantik, bekerjaya, high education boleh menghancurkan sebuah rumahtangga orang lain dan menyebabkan wanita lain terpaksa makan hati dengan dia. Tegarnya dia! Keras hatinya. Hebat sangatkah penangan cinta suami orang ni? Bagi saya, saya juga ada pengalaman dan ianya sangat sangat menjengkelkan kerana terpaksa hidup bercinta dengan seorang penipu. Jika isterinya boleh ditipu hidup hidup, apatah lagi seorang yang hanya bergelar kekasihnya sahaja! Lagi lah kuat kelentongnyer bukan (: Please, ramai lagi lelaki bujang dan duda di luar sana. Come on larh. Saya lagi tak faham bila seorang wanita dengan nekadnya merampas kebahagiaan wanita lain. Tak takutkah kalau benda tu terjadi pada hubungan anda nanti? Hmmmm .... berfikirlah sejenak.



Nota kecik: Jika takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai cik kak oiiii ...

No comments: