She is ADILA ...

Thursday, July 21, 2011

ANNISSA - Perghh hebat dia buat Skandal

Saya gilerkan ANNISSA (^_______^)




Mesti korunk pom giler tengok cerita awek awek cun nie kan? Mr B pom sama giler dgn saya. Kalau tak sempat tengok cter nie dengan alasan sebab g main Futsal grrrrrrrr~ , dia akan paksa saya story again kat dia. Mujur suh story jer, law suh berlakon sekali mati saya ~

Cerita persahabatan 4 jelitawan yang ada rahsia tersendiri. Inilah dinamakan kehidupan tikam belakang, terlalu mempercayai, erti khianat yang lebih terang dan jelas, konspirasi tersendiri, sembunyikan sesuatu utk menyelamatkan sesuatu dan kisah cinta, janji yang di bajai dengan kasih sayang abadi tetapi dilukai dengan satu pembohongan.

Jelasnya, cerita ini ada banyak karakter. Anna (Fiza Halim) yang terlalu naif dan suci hatinya. Dek kerana kasih sayang yang terlampau menyebabkan dia buta menilai satu pembohongan. Balqis (RCW) seorang yang hipokrit dan terlalu mementingkan diri sendiri sampai akhirnya dia yang tersepit. Shila (FarahDhiya) seorang yang terlalu gilakan wang sehingga menperjudikan diri sendiri dan menjadi hamba duit. Sara (Aida Aris) kudus hatinya dan melindungi sesuatu utk menjaga sesuatu. Farid (Zamarul Hisyam), "Sayang percaya tak dengan takdir dan ketentuan Tuhan, semuanya berlaku ada hikmahnya tersendiri". Ada nada yang tak dapat digambarkan disitu yang ingin dikatakan bahawa dia telah membuat kesilapan kerana menduakan isterinya. Yang pentingnya disini, semua yang terjadi adalah atas dasar tidak sanggup merosakkan sebuah nilai persahabatan.

Bersesuaian dengan lagu, Annissa memang menyentuh perasaan sesiapa yang mendalaminya.

nota kecik: kisah janji dimungkiri lagi ....
                 Sia siaku mencintaimu
                 setia padamu
                 percayakan mu
                 sebak dadaku retak hatiku       
                 luka jiwaku dihiris pilu

No comments: