Kepuasan melanda diri pada minggu ke-2 selepas cuti pertengahan semester hari tu. Minggu yg menjemukan! Next week dah start FESKO. Masa itu bukan setakat nak bukak blog, bukak FB pom x sempat. Terkejar cari kupon utk jadikan bekalan permohonan kolej semester akhir nanti. Aku terpaksa work hard cket sem ni, yelah sem depan dah masuk sem akhir aku. So, kalau boleh biarlah sepanjang 3tahun nie aku nak jadi penghuni tetap kolej. Ishhhh ishhhh kejam betuii!
Sepanjang minggu sibuk nie, aku pom menyibukkan diri dengan membaca buku. Amboi, rajin yer~
Biasalah minggu lepas ada test for IT, so amik peluang nak study kat library. Nama lagi library kan, banyak laaa plak buku aku jumpa. Dalam hati terasa jugak nak pinjam novel laaa....
Masa aku on the way nak keluar dari library, sempat jugak aku pinjam 3 buah novel. Aku ingat lepas test nanti boleh rest otak dengan baca novel. Aku sebenarnya suka baca novel, tapi sepanjang aku hidup selama 21tahun nie, xpernah lagi aku beli sebuah novel utk diri sendir.
Antara novel-novel yang aku pinjam ialah:
novel Alaf 21 (Seindah Memori/ Ilani Mysara)
novel Creative (Biarkan aku pergi/ Azizah Johor)
novel PTS (Warkah Cinta Berbau Syurga/ A.Ubaidillah Alias)
Uishhh gila otak aku baca novel kan! Setakat nie aku baru habiskan baca novel Seindah Memori dan WCBS. Memang meletup novel nie. Bagi aku, aku tertarik dengan persembahan jalan ceritanya. Paling menyentuh hati ialah novel Seindah Memori. Bagi aku jalan cerita dia mencerita tentang seorang gadis yang begitu setia akan cintanya namun hidupnya tidak lama sehinggakan saat dia akan diijabkabulkan, dia telah pergi buat selama-lamanya. Memegang watak gadis kampung datang dari keluarga miskin, Dayang, cuba lari dari kenyataan bahawa cintanya telah diusik oleh jejaka berketurunan Syed. Syed dan Dayang telah berjanji akan hidup bersama tetapi perlu melalui tempoh pengorbanan selama 3tahun. Senaskah Al-Quran telah menjadi mas kahwin dan juga menjadi pengikat kasih mereka. Tanpa disedari, Dayang juga telah diminati oleh Badri yang sanggup menolak gadis lain kerana terlalu menyintai Dayang. Lalu, konflik berlaku bila Dayang dituduh oleh Tipah, gadis yang telah pernah menjadi tunangan Badri lalu menjadikan Dayang berasa bersalah di mata penduduk kampung. Dinodai oleh adik Badri sendiri, menyebabkan Dayang memutuskan utk pergi jauh. Dalam pengembaraannya, dia telah berjaya memujuk hati Iskmal, lelaki yang kecewa dengan cintanya yang lalu lantas menyebabkan dia membenci semua perempuan termasuk Dayang. Setelah pulang ke kampung bersama Iskmal, selaku menjadi abang angkatnya, Badri dengan paksa rela menikahi Tipah diatas kehendak Dayang sendiri. Di saat Syed datang utk menagih janji setianya, Dayang telah pergi buat selama-lamanya ketika dia terlibat dalam kemalangan semasa menghadiri majlis perkahwinan Badri. Begitulah rentetan ceritanya itu..... Dalam novel ini, takdirlah penentu segalanya.
Novel WCBS pula aku jatuh cinta dengan Adam Mukhlis. Lelaki yang dikejar oleh Wardah dan Balqis utk memburu cinta suci lelaki itu. Namun kerana terlalu percayakan jodoh itu ditangan Tuhan, ditepisnya perasaan cinta itu dengan benteng keegoannya. Lantas, membuatkan Wardah kelu dengan jodoh pilihan keluarganya dan membiarkan Balqis dengan angan-angan cintanya itu. Masih aku ingat Amir Muklis pernah menyatakan
"Andai bercinta bagai nak rak sekali, jika dia bukan jodoh kita, tak akan jadi jodoh kita walau macam mana pom". Bagi aku penulis menyentuh soal agama yang kukuh namun aku mempunyai komen tersendiri yang menyatakan bahawa penulis seperti teragak-agak utk menerima kenyataan dan tidak dapat menerima Qada dan Qadar yang telah ditetapkan. Kerana itulah keegoan menjadi benteng dan alasan yang kukuh utk tidak bercinta.
Bagi aku, penulis mempunyai idealogi yang kreatif dalam setiap novel yang diciptakan... Sepertimana novel WCBS, penulis menceritakan bermulanya idea dengan "Cairo kurasakan sepi tanpa warkah-warkahmu" dan berakhir dengan sepatah ayat yang maksudnya cukup mendalam "Wardah, Balqis...maafkan aku".....
No comments:
Post a Comment