She is ADILA ...

Sunday, October 25, 2015

Tugas mengajar perlu belajar

Sejak dari diploma saya angan angankan nak belajar sampai masters.
Orang cakap bila ada masters you boleh jadi teneaga pengajar a.k.a pensyarah :)


Masa tu adore sangat nak jadi pensyarah. Yelah zaman diploma dikelilingi pensyarah pensyarah 
muda. Dah lah lawa kemain dress up, cantik pulak tu, muda, bijak. Nampak diorang mengajar rilex sangat. Tak lah sepenat kerja cikgu. Cikgu kena mengajar budak budak. Pensyarah ajar budak lepasan sekolah dah. That means diorang ajar orang dewasa.
Kefahaman orang dewasa dengan budak budak sekolah lain. Sebab tu nampak tugas pensyarah ini rilex memanjang. Gaji banyak hahhaha



Itu point utama!



Sampai degree dah rasa letih dah, lepas tu give up tak nak lah sambung masters sebab belajar susah. Masa tu fikir lepas kena marah @ masa kena buat balik paper research yang salah. Keinginan nak kerja selain pensyarah pulak timbul. Sebab degree finance, diploma banking cita cita nak jadi banker pulak. Sebulan lepas jadi banker, ok rasa penat cuak giler kena hadap muka customer (sebab jadi sales executive kan). 


Then sambung pulak masters.



Perjalanan masters penuh airmata. Give up kadang kadang. Disebabkan masters penuh airmata, tekad dah dalam diri walau apapun berlaku nak jadi pensyarah jugak. Sebab rasa payah kan nak dapatkan masters. So bila dah dapat masters demand nak jadi pensyarah up lah kan.




Then dapatlah rezeki jadi pensyarah sambilan. 




Kau rasa apa? 
Baru tahu erti penat lelah belajar sebab nak mengajar. Semua benda kena ada dalam otak. Hari hari otak kena function. Sebab lecturer kan hebat bab menjawab soalan dari students.
Hari hari hadap buku sampai khatam bab demi bab. Rasa otak dan badan rehat hanya time tido sahaja. Masa drive pun tengah pikir pasal schedule. Prepare things before class itu harus kena ada.




Memang penat. Tapi suka.
Sebab minat.

Tuesday, October 20, 2015

Mahalnya sebuah Pengalaman

Pentingnya sesebuah pengalaman itu sebab ia membezakan kita dengan orang lain.
Saya bagi contoh seperti ini, saya dan sahabat sama sama pergi interview utk jawatan sales executive.
Pointer degree saya hanyalah biasa biasa. 3 lebih lebih je. Dekan pun sekali je.
Sahabat tu pointer kelas pertama. Berbeza kan? Saya nampak macam tak rezeki, sebab mesti company akan pilih orang yang resultnya hebat.


Tapi yang berlaku adalah saya yang berjaya. Kenapa?


Pointer tak hebat macam sahabat. Bezanya kami adalah dari segi pengalaman. Saya ada pengalaman. Pengalaman yang sangat biasa. Saya pernah jadi sales promoter kedai jam dan pernah juga jadi jurujual kat kedai telefon. Masa saya kerja dulu orang cuma pandang bagai budak baru habis SPM yang resultnya tak boleh masuk universiti. 
Sedangkan masa tu saya kerja sambilan saja, kebetulan cuti semester. 
Tapi pandangan orang tetap selekeh kan. Tetap rendah.


Tapi dek kerana pengalaman itulah membezakan saya dengan sahabat. Dia cemerlang tanpa pengalaman. Saya pula result lulus dengan baik dan berpengalamn. Industri akan memilih seseorang yang berpengalaman. Walaupun tarafnya SPM tapi pengalamannya bagus, tetap akan dipilih. Percayalah


Faham kan betapa bernilainya sesebuah pengalaman?


Bagaimana nak dapat pengalaman?
Usah memilih kerja. Kerjalah apa sahaja walaupun gajinya kecik, tapi pengalaman yang korang akan dapat itu tiada ternilai. Kerja apa sekalipun korang haruslah kreatif. Jangan hanya sebab nak dapat gaji. Tapi fikirlah bekerja untuk mendapat rezeki serta ilmu. 


Contohnya, yang saya dapat ialah ilmu untuk memasarkan produk. Saya belajar macam mana nak tarik pembeli untuk membeli dengan kita walaupun kedai sebelah jual benda yang sama. Macamana adab dengan pelanggan, cara nak layan pelanggan, cara memujuk. Itu perlu ada skills.


Carilah pengalaman sebanyak mungkin. Sebab pengalamanlah akan membezakan awak dengan sahabat awak. Pengalaman tak boleh dibeli taw, pengalaman itu kena datang bila awak buat dan awak lalui pahit manis nya. 


Sebab tulah orang kata pengalaan itu berharga :)

Wednesday, October 14, 2015

Kelebihan Part time Job

Sesetengah orang tak suka pada kerja sambilan. Macam tiada masa depan bila kerja sambilan sahaja.
Lebih baik cari kerja tetap yang punyai gaji tetap bulanan.


Saya juga mula mula fikir sama macam tu.
Tapi bila dah terjebak dengan part time job ini rasanya lebih menyeronokkan.
Dulu dulu saya pernah jadi photographer sambilan. Pernah juga shoot untuk wedding.
Masa tu saya masih student. Then bila dapat pula offer untuk shoot second time terpaksa tolak,
Sebab timing tak kena. Ada final tak silap saya.


Sekarang ini terjebak lagi dengan part time job.
Setiap hari Isnin saya jadi tutor utk Finance subjek kat Universiti Malaysia Kelantan.
Hari hari lain saya bebas buat aktiviti saya sendiri.
Seperti hari ahad, selasa dan khamis saya jadi runner. 
Runner hanya makan masa 10-15 minit sahaja.
Tugas saya hantar parcel ke pejabat pos laju. 


Bayangkan kalau saya jadi runner utk 5 pihak. 1 pihak sekali hantar barang RM 10. 
Kalau 5 pihak saya dapat RM 50 utk kerja dalam masa 10-15 minit sehari.
Kalau penghantaran setiap 3 kali seminggu saya dah dapat RM 150 seminggu.
Belum campur gaji saya jadi tutor yang dibayar Rm 50/ untuk sejam. 
Sehari saya perlu mengajar 4 jam, so dapatlah RM 200.


Bagusnya kerja part time ini sebab 
1# tak terikat dengan jadual
2# boleh buat banyak kerja 
3# income masuk dalam banyak cara 


Thursday, October 8, 2015

Kelantan Great Photographer

Masih mencari photographer?

Wedding tak dah nak dekat! Photographer masih tak jumpa jumpa


Seriously you can call and look your date with this great man.
Reach them thru Facebook. Contact them asap






Confirm gambar sangat puas hati. Pakej mampu milik. 
Tak percaya? Cuba tengok dulu. Confirm jatuh hati!

Bantuan Kewangan Bagi Pemohon Master @ PHD

Berkait rapat dengan last article, hari ini saya nak sambung dengan 
part bantuan kewangan 
untuk mana mana mana student yang memohon untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat 
master atau PHD.


Soalan pasal bantuan kewangan 
masa di interview oleh panel tudah jadi macam soalan wajib jawab. Soalan tu kire macam menguji sejauh mana anda alert dengan kemudahan kemudahan yang diberikan oelh piha kerajaan. 
Soalan tu jugak nak tahu kemampuan korang membayar yuran pengajian. 
Yurannya bukan murah yer..... diulang lagi yurannya bukan murah :)


Kirenye ni saya dah bagi soalan hint kat korang semua eaaa hihih


Tapi dengan adanya bantuan dari MyBrain15 korang takpayah risau. 
Jaminan yuran pengajian korang sepenuhnya ditanggung oleh pihak MyBrain.


Klik sini


Kat laman web ini juga disertakan cara cara dan juga jumlah yang akan anda terima.
Selain daripada MyBrain15 pelajar pelajar juga boleh memohon bantuan kewangan daripada
Mara dan PTPTN