She is ADILA ...

Wednesday, February 5, 2014

February Journey

Alhamdulillah.

Setelah difikir, ditimbang, ditolak dan ditambah, lalu satu keputusan dibuat dengan jiwa redha dan senyuman serta keazaman. Keputusannya ialah ..... aku memutuskan untuk berkhidmat di RHB Machang! Alhamdulillahhhh

Membuat keputusan untuk bekerja.
Inilah keputusan muktamad aku. Aku hold dulu master. Aku tutup mata dulu untuk ke kelas sebagai pelajar master. Ini semua demi sebuah pengalaman yang aku rasa aku tak boleh nak beli kat mana mana. Yes, to gain experience.

Inilah jalan kehidupan baru aku.
Baru semalam aku terima emai. Dari RHB Human Resources. Offer letter untuk Sales Executive position, secara kontrak selama setahun dengan gaji sebanyak RM 1800. Aku bakal berkhidmat di RHB kiosk Pos Machang Kelantan. Only 5 minutes from ny house. Caya lahhhh.

Rezeki. Kalau tak amik , macam tolak tuah pulak.

Aku bakal ke KL untuk training selama 2 minggu. Then selepas itu terus berkhimat di bumi machang. Aku tak kisah tang gaji. Aku tak kisah tang tempat keje. Aku cuma mahukan pengalaman. Lecturer kena banyak pengalaman kan

Aku masih dengan impian aku nak jadi lecturer. Insya Allah mungkin kali ini aku terpaksa hold tu master aku, sebab nak kerja. Maybe one day, aku akan continue study jugak untuk jadi lecturer. Doakan. Amin.

No comments: