She is ADILA ...

Tuesday, March 12, 2013

Mak .... yang terbaik !

Salam magrib. Baru selesai solat Magrib, kebetulan laptop dah already on, aku rajinkan jari menaip disini.

Malam ini,
Aku tidur di Kb. Along tidur di Sg Buloh. Mak abah adik adik plak di Machang. Semalam, aku dan Along masih tidur sebilik, masih makan malam bersama sama. Tonton tv sama sama. Pergi pasar malam sama sama. Tapi malam ini dah hambar. Tak macam semalam, tak macam 5 hari yang lalu. Kegembiraan 5 hari lalu dah berakhir kan. Bila masing masing sudah meningkat dewasa, inilah episodnya. Itu belum lagi masuk ke alam rumahtangga. Pasti bakal jauh, menjauh dari zaman kanak kanak dulu. Pasti banyak beza dari zaman sekolah.

Teringat zaman sekolah,
Dulu masa aku dan Along di sekolah menengah, adik adik di sekolah rendah. Sama sama pegi sekolah. Sama sama bersarapan. Mak pagi pagi lagi sibuk sediakan sarapan. Masih macam sekarang. Mak selalu siapkan sarapan, tak kira hari bersekolah mahupun weekend. Mak mak! Tak pernah terpisah dengan dapurnya. Air tangan mak tiada bandingannya. Abah sibuk dengan kerjanya. Masa kami bersekolah, abah anggota polis trafik. Tak banyak masa di rumah sebab selalu operasi. Tambah tambah bila bulan puasa, abah jaga speadtrack area Gua Musang. Jauh kan jaraknya dr Tanah Merah ke Gua Musang. Begitulah kami ..... Melalui kehidupan dalam keluarga polis. Mak setia menjaga kami di rumah bila abah keluar bekerja. Mak aku isteri yang terbaik. Ya, yang terbaik yang dimiliki oleh abah aku.

Bila dah meningkat dewasa,
Aku belajar di KB. Disini plak aku duk rumah sewa. Weekend baru nampak muka di rumah. Along? Dia jauh, dia kerja di Sg Buloh. Lagilah jarang balik. 3 bulan sekali baru jejak kaki di bumi Kelantan. Akak? Dia baru habis SPM, tengah tunggu result. Dia amik keputusan kerja sementara kat bandar Machang. Pegi kerja pukul 9pagi balik plak pukul 6 petang. Hari hari begitu kecuali Jumaat dia cuti. Adik? Dia amik PMR tahun ini, jadi dia bersekolah sebelah pagi. Pukul 2 dah ada kat rumah. Balik makan, tido, petang keluar pergi kedai gas abah kat kg bukit tiu. Abah? Lepas balik keje, makan jap tido then petang dia jugak pergi pantau kedai gas. Hari hari begitulah fenomena rumah aku. Yang kesiannya, pada mak. Mak lah jadi penunggu setia ,di rumah. Sambut setiap ketibaan yang datang/balik ke rumah. Tak kira siapa, aku abah akak along atau adik, dialah penyambutnya. Tanpa jemu tanpa mengeluh.....

Semoga mak sentiasa sihat, panjang umur......
semoga setiap ketibaan kami di rumah syurga itu adanya penyambut tetamu iaitu Mak. Yang menyambut dengan penuh kasih sayang, yang penuh kesetiaannya. Yang tak pernah mengeluh menarik muka dengan setiap kedatangan insan insan ke rumah itu. Mak lah yang terbaik.

- Saya sayang mak saya -

Monday, March 11, 2013

Hampir 3 tahun menyulam kasih

Salam petang. Salam sayang !
Teruja sebenarnya nak bercerita, tapi tak pe la, slow slow aku nak mulakan mukadimah awal Mac ini. Excited dalam hati xyah nak cakap ar, memang excited giler oke! Keterujaan dan bersyukur amat diberikan peluang keemasan ini. Peluang ini akan aku jaga sebaik mungkin. Itu janji aku!

Peluang apakah yang bermain di fikiran aku?
Peluang mengiktiraf perhubungan cinta kami ( aku dan dia *kelip kelip mata ). Pengiktirafan bagaimana? Pengiktirafan yg digelar RESTU oleh ibubapa kami ( mak abah aku dan emak nya ). Gembira usah cakap larh. Penantian kami akhirnya terjawab. Penantian kami akhirnya tamat. Kisah dongeng kami mula mekar menjadi semakin realiti. Kisah hati kami mula mencuri tumpuan. Mimpi mimpi indah kami yang diangankan akan tercapai. Tiada kata yang mampu terlafaz kecuali ALHAMDULILLAH!

Berkat usaha kami, sabar kami akhirnya terbalas. Tak sangka hampir hampir tahun ke 3 hubungan ini berlangsung ( Jun 2013 nanti ) hubungan kami beranjak ke peringkat yang lebih serius. Kami hanya minta restu dari mereka, alhamdulillah ianya termakbul. Sekarang, kami terus berusaha utk mengikat tali pertunangan. Tapi tak mungkin tahun ini, sebab dia cakap lepas aku habis belajar barulah dia datang merisik. Hehe ! Siapa tak seronok kan ?! Insyallah jika tiada aral melintang, akhir tahun ini ( 2013 ) aku akan tamatkan bachelor aku. Dan dia cakap insyallah tahun ini jugak dia akan ade bisness dia sendiri. Berdoalah, moga Tuhan permudahkan urusan kami berdua.

3 tahun kami menunggu.
Hampir putus asa. Hampir kecewa. Satu per satu dugaan datang menghimpit kami. Perasaan bercelaru antara keluarga dan kekasih. Perasaan yang tak yakin pada sebuah hubungan. Perasaan yang dah terkecewa. Semuanya jadi satu, semuanya jadi halangan buat kami. Semuanya terpaksa buat pilihan. Akhirnya pilihan itu tiada. Pilihan utk terus bersama terbuka luas utk kami. Ini yang kami minta selama ini. Kesabaran, airmata jadi saksi betapa sucinya kasih kami. Bukan utk sehari dua kami berkasih. Kami mahu kasih sayang yang utuh dan abadi. Tiada perbezaan taraf disini. Kami sama, kami bercinta berkasih sayang sebab kami tahu kami mampu bina kehidupan kami bersama nanti.

Abah mak,
Terima kasih diatas restumu. Mak cakap, tiada halangan jika benar jodoh kami kuat. Doa ibu doa yang mustajab. Doa ibu doa yang terbaik. Semoga dia pilihan hati yang sangat tepat utk aku. Semoga dia boleh menjadi imamku, cikguku, doktorku. Semoga dia mampu jadi suami yang soleh, bapa yang mithali pada anak anak kami nanti. ( Aminkan bersama )

Awak,
Terima kasih sebab mampu menelan segala pahit manis dalam hubungan ini. Terima kasih kerana mampu menerima dia yang serba kekurangan ini. Terima kasih kerana sanggup berteduh di hati ini. Akan saya buktikan yang diri saya akan menjadi yang halal buat awak. Awak tunggu yer, akan tiba jua masa itu nanti :)

Monday, March 4, 2013

Baucer ohhh Baucer

Selamat petang di kota bharu. Selesai sudah masuk kelas pertama pada semester terbaru. Hehe, saya jadi super senior yer adik adikku. Semester 5 sudah. Alhamdulillah, tiada sebarang halangan sejak 5 tahun sudah belajar di Universiti Teknologi Mara Kelantan. Semester 5, semester terakhir utk saya masuk kuliah. Semester depan insyallah jika diberi umur yang panjang, saya sudah praktikal. Tak sabar tak sabar ngeee :D

Siapa yg boleh bersabar sejak sekian lama duk belajar? Terasa bagai nak pegang duit sendiri. Lebih tepat lagi, mau bekerjalah. InsyaAllah semoga dipermudahkan urusan. Kalau boleh, lepas jer praktikal nak bekerja terus. Tapi yelah, tak semudah mulut yang berbicara tuh. Tapi, itulah impian di hati!

Kelas pertama macam biasa. Lecturer hanya brief subject. Ade jugak yang tak masuk kelas. Minggu pertama masih holiday oke :D Ramai budak budak baru hoii. Kenal sangat lah budak baru, diorang kan bawak salinan X-Ray yang besar gedabak. Haha kenal sangat lah kan. Ok normal budak baru masuk sem baru. I mean baru datang laa haha, pergi carik kelas. Eh eh ... ade pertambahan bangunan blok larh. Almaklumlah, kampus kota kan. Bangunan kecik jer, tapi student ramai. Batch Bachelor, malam lak batch PLK, PJJ. Penuh lah seharian. Kelas pack! Timbul masalah bila nak buat kelas ganti.

Hari ini ramai yang beratur amik baucer buku. Alaaa ,,, yang RM250 tu kan ngeee :D mula mula teruju nye! Sanggup beratur panjang nak dapatkan baucer. Selesai tang baucer, mula pikir eh nak pegi kbmall lah. Nak beli alat tulis. Kan nak start kelas! Oke pegi lah ke kbmall dengan roomates. Bawak kereta kan :D mudah nak bergerak sikit. Masuk lah Popular. Bukan main ambik bakul, kaya kan duet banyak nih nak memborong. Mudah jer, ambik jer satu per satu. Perasaan nak shopping satu Popular tu mak kau! Mula mula sekali pegi amik Buku 1 Hari 1 Resipi. Mak berkenan sangat nak buku tu. Hari tu pegi pinjam yang maksedara. Tapi tak best lah nak memasak takkan asyik pegi pinjam yang orang. Oke pegi lah amik buku tu. Then yang lain lain aku borong la stationary. Banyak lah jugak :)

Tang tang nak pegi bayar, ade sorang kakak tu, keje kat situ. Dye tegur la aku nak guna baucer ke? Aku jawab la ye la, nak guna baucer nih. Kak tu pun cakap lah, baucer tu nak kena guna utk beli buku 80%, then for stationary only allowed 20% ! Hapeee 20% jer. Aku nih dah terlebih dah. Total total aku kena tambah sebiji lagi buku kira kira dalam RM40. Sebab aku nak guna baucer RM100. So dengan muka sedihnya aku pegilah letak segala bagai stationary yang tak penting. Amik yang penting penting jer untuk baucer RM50.

Kenapakah begitu?

Setahu aku tak pernah pom bersyarat. Kena kali ini kena bersyarat syarat. Tidak ke stationary tu pentingjugak? Nak cakap tak dapat untung bila student beli stationary sahaja, tipu lah tak untung. Kalau setiap student tu berbelanja RM100 untuk stationary, dah dapat untung yang banyak kan. Entahlah, aku tak tahu plak kena sem ni susah plak nak guna baucer buku. Disini bukan nak cakap kami tak mo beli buku dengan baucer sedia ada tu. Tapi yang masalahnyer, buku kami tidak dijual di kedai kedai buku yang open tuh. Hanya dijual di universiti sahaja. Nak guna kat U plak, pihak U hanya jual buku sahaja, stationary tak dijual. Susah susah ! Hmmm lebih baik lain kali bagi saja dalam bentuk tunai. Untuk keuntungan semua pihak. Setuju tak ?

Pray for Lahad Datu

Semester 5 sudah ... Liku liku semester akhir bermula hari ini. Alhamdulillah sebab dikurniakan umur yg panjang oleh Allah SWT. Semester baru, azam baru. Buang yang keruh, ambil yg jernih. Tak gituuu heee :D

Mac 2013, digembarkan dengan peperangan di Lahad Datu Sabah. MasyaAllah ! Tragisnya kejadian ini. Aku selalu update dekat page PDRM di Facebook. Di situ banyak komen komen, berita semasa tentang kejadian di sana. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa terdetiknya sayu di hati kecil ini. Sebab aku jugak dalam kalangan keluarga PDRM yang besar ini. Abah ku juga anggota polis. Abahku juga perajurit tanah air. Semua anggota PDRM itu bagai keluarga besarku. Sayu hatiku bila dapat cerita seorang demi seorang perajurit gugur di medan perang. Memikirkan anggota yang mempunyai anak anak yg masih kecil dan tak tahu apa apa menyebabkan hatiku sedih. Tumpang derita bila bercerita tentang Lahad Datu.

Doakan insan yang kerdil lagi lemah ini, semoga semua perajurit perajurit negara selamat di medan perang. Aku hanya manusia yang lemah yang mampu menitip doa dalam berjuta doa doa rakyat Malaysia. Semoga Allah sentiasa melindungi perajurit perajurit tanah air. Amin ....