jarang jarang sy hapdet tentang kekasih hati sy. entah lah ... bukan enggan menulis tapi sy rasa ia kelihatan lebih bersifat peribadi. kalau boleh sy nak rahsiakan gelora hati ini dari pengetahuan sesiapa. biar kami saja yg tahu betapa indahnya apabila dunia kita bergabung.
belum sampai setahun hubungan ini dibina, kami makin akrab. kami bagai sahabat ketika susah, kekasih ketika bahagia, musuh ketika bertelingkah.... tapi hala tuju kami sama. pemikiran kami berbeza tapi boleh bersatu. kadang kadang rindu menerpa tatkala tidak bersua muka. biarpun setiap hari panggilan dibuat. tapi tetap ada rasa rindu. rindu seakan akan menggulung bak ombak.
bahagia. tak terungkap bahagia tatkala bersama.
susah senang sentiasa bersama. pahit manis suka duka kita langkah bersama. indah. sememangnya indah. semoga keindahan ini tetap bersama kita senantiasa. b, sy syg awak. syg yg teramat sangat. semoga dia jodohku Tuhan !
Saturday, December 17, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment