Assalamualaikum gaiss.
Entri kali ini kita bercerita pasal budaya yang tidak sihat yang tak patut kita buat dalam company kita. Atau lebih tepat lagi di mana mana tempat kerja kita :)
Tak perlu jadi kaki kipas Boss
Yang pertama sekali kita kena elak ialah tak perlu jadi pembodek boss, itu yang lebih tepat! Korang takyah lah susahkan diri korang sampai level master untuk jadi pengipas boss. Buat kerja korang baik baik, bekerja dengan ikhlas, jujur dah settle. Nak tanya lah jugak kenapa yee harus jadi pembodek boss ni? Dapat gaji besar mungkin. Atau ada benefit lain yang korang dapat dari boss kan. Kalau korang memang excellent dari yang lain memang wajar korang dapat benefit lebih daripada yang lain. Tapi sekiranya korang kerja pun tak reti nak buat, korang rasa skill membodek korang level berapa yaa?
Jangan menjatuhkan orang lain untuk menaikkan diri sendiri
Tak perlu pijak orang lain untuk sampai ke atas okay. Kalau sama sama usaha tak salahkan kalau sama sama naik. Kadang kadang ada jugak jenis spesis yang suka pijak orang lain untuk kepentingan diri sendiri. Contoh macam korang ada task by group, then bila task dah siap, korang macam perasan tunjuk macam task tu korang je yang buat. Penipu namanya tu! Tapi biasalah orang sekarang dia dah tak peduli pasal orang lain dah asal dia dapat apa yang dia nak kan. Setuju?
Jangan jadi berlagak dan bodoh sombong
Ni special utk new comers lah, korang dah lah baru masuk kerja, even korang masuk pangkat Senior level sekalipun tak perlu nak berlagak dan tunjuk pandai yer. Please hormat orang lain, even dia sekadar budak pejabat. Tunjukkan sikap mesra korang dan jangan segan untuk minta bantuan orang lain sekiranya memerlukan. Tak jatuh pun imej korang tu!
Jangan gila kuasa
Baik boss atau senior level, korang janganlah amalkan sikap macam ni. Boleh dibenci orang okay! Tunjukkan korang professional dalam menjalankan amahan dan tugasan korang. Benda korang yang kena buat sendiri kena buat! Jangan pandai mengarah sahaja. Mentang mentang korang senior level kemain mengarah sana sini. Kau agak ada yang nak respect korang ke?
Wednesday, November 8, 2017
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment