She is ADILA ...

Wednesday, November 8, 2017

Budaya Kerja Yang Patut Dielakkan

Assalamualaikum gaiss.

Entri kali ini kita bercerita pasal budaya yang tidak sihat yang tak patut kita buat dalam company kita. Atau lebih tepat lagi di mana mana tempat kerja kita :)

Tak perlu jadi kaki kipas Boss
Yang pertama sekali kita kena elak ialah tak perlu jadi pembodek boss, itu yang lebih tepat! Korang takyah lah susahkan diri korang sampai level master untuk jadi pengipas boss. Buat kerja korang baik baik, bekerja dengan ikhlas, jujur dah settle. Nak tanya lah jugak kenapa yee harus jadi pembodek boss ni? Dapat gaji besar mungkin. Atau ada benefit lain yang korang dapat dari boss kan. Kalau korang memang excellent dari yang lain memang wajar korang dapat benefit lebih daripada yang lain. Tapi sekiranya korang kerja pun tak reti nak buat, korang rasa skill membodek korang level berapa yaa?

Jangan menjatuhkan orang lain untuk menaikkan diri sendiri
Tak perlu pijak orang lain untuk sampai ke atas okay. Kalau sama sama usaha tak salahkan kalau sama sama naik. Kadang kadang ada jugak jenis spesis yang suka pijak orang lain untuk kepentingan diri sendiri. Contoh macam korang ada task by group, then bila task dah siap, korang macam perasan tunjuk macam task tu korang je yang buat. Penipu namanya tu! Tapi biasalah orang sekarang dia dah tak peduli pasal orang lain dah asal dia dapat apa yang dia nak kan. Setuju?

Jangan jadi berlagak dan bodoh sombong
Ni special utk new comers lah, korang dah lah baru masuk kerja, even korang masuk pangkat Senior level sekalipun tak perlu nak berlagak dan tunjuk pandai yer. Please hormat orang lain, even dia sekadar budak pejabat. Tunjukkan sikap mesra korang dan jangan segan untuk minta bantuan orang lain sekiranya memerlukan. Tak jatuh pun imej korang tu!

Jangan gila kuasa
Baik boss atau senior level, korang janganlah amalkan sikap macam ni. Boleh dibenci orang okay! Tunjukkan korang professional dalam menjalankan amahan dan tugasan korang. Benda korang yang kena buat sendiri kena buat! Jangan pandai mengarah sahaja. Mentang mentang korang senior level kemain mengarah sana sini. Kau agak ada yang nak respect korang ke?


Tuesday, November 7, 2017

Wedding Checklist

Assalamualaikum gaiss
Harini saya nak tulis entri pasal wedding checklist! Utk korang yang bakal berkahwin tapi tak tahu dimana nak mula boleh ikuti tips kat bawah ni okay

Beli 1 bulan 1 barang
Barang yg dimaksudkan ialah barang hantaran. Biasanya selepas majlis merisik atau bertunang korang sudah ada tarikh utk majlis kahwin korang. So dari situ bolehlah rancang nak bawak berapa dulang hantaran. Kebiasaannya 7,9 @ 11. So dari situ korang kena list berapa dulang dan ape barang yang nak dibawak tu. So lps tu korang dah boleh start beli barang. Bila korang beli 1 barang 1 bulan taklah rasa terbeban sgt kan.

Kena pandai cari YES @ promosi @ diskaun dan segalanya yang FREE
Okay yang ni benar benar menolong anda okay. Takkisah lah beli barang hantaran time promosi ke YES ke yang penting murah dan lawa tak gitewwww.. selain dari barang hantaran, kad kahwin, doorgift, bridal pun boleh cari masa ni. Untung banyak taw! Kat situ korang boleh save RM korang. Berbelanja haruslah kena bijak bukannn.

Jangan lupa HIV test 6 bulan sebelum majlis
Ini penting okay! Korang akan diingatkan oleh pihak hospital yang rekod HIV anda hanya sah selama 6 bulan shj. So korang takyahlah pegi cek awal sangat. Nanti expired result korang.

List tetamu penting
Menitikberatkan jumlah tetamu yang hadir kerana ianya berpadanan dengan kuantiti makanan yang disediakan. Jangan sampai tetamu datang makanan dah habis okay. Kalau boleh elakkan kejadian mcm tu cuba elakkan. Tapi jika berlaku juga itu diluar kemampuan kita okay.

Okay kite update sampai sini dulu taw gaiss.

Aida Azlin Fan

Assalamualaikum gaiss ☺

Siapa kat sini follow Aida Azlin? Who's she? Okay sini saya explain little bit about her. Aida Azlin a very beautiful married lady who always love to share her opinion on her shot video slot on Facebook. She is a Singaporean, 30years old, owner of The Label Shawl. She loves to a be such a motivator, loves to share her opinion, story and other issues related to women.

Why i love to watch her short video journal?

At first I love with her English style speaking. So nature and sound good. But after review some video journal, I love her thinking way! She loves to share anything on her journal video such as why we should do this, why this happen etc etc etc. One more thing is her Islamic way! She shows that she is a Muslim lady (by her dress up) and sharing a thought about Islam in the easiest way. And blaaaa blaaa blaaa.

The most important, she is a very positive lady and bring good vibes to us.
So gais please show and enjoy her video.

PLEASE CLICK THIS LINK.

Monday, November 6, 2017

Bride to Be

Posting pertama pada tahun 2017! November 2017!

Alhamdulillah 2017 berlalu dengan bermacam macam kenangan. Kita cerita dari mulanya okayyy. Membuka lembaran tahun baru dengan bekerja di tempat baru, Yeayyyyyy ! Kiranya sudah 11 bulan berkhidmat di Menang Venture's, sebuah syarikat yang bertempat di Kota Bharu Kelantan, yang menjalankan aktiviti bisnes sebagai sebuah syarikat pengurusan bot laut dalam. Selain daripada itu, ia juga menjalankan aktiviti penjualan hasil laut dan juga minyak diesel. Itu sedikit sebanyak latar belakang company baru !

Tapi yang paling penting, i got new friends yeayyyy ;) and everything goes well. Syukur.

One more big thing will happen in this year is I will getting married soon! 

This is one part that makes me so awesome yeayyyy. Insha Allah jika di izinkan Tuhan, saya bakal menamatkan zaman bujang saya pada 25 November 2017 ini. Segala persiapan perkahwinan, buat masa ini semuanya dah settle. Rezeki nak kahwin ni banyak sebenarnya. Terasa rezeki sangat sangat bila loan rumah berjaya! Alhamdulillah bolehlah merasa duduk rumah sendiri sejurus lepas kahwin. So agak mencabar jugak dari segi kewangan sebab terpaksa settle 2 benda besar, nak kahwin + nak renovate rumah. Kami (saya + tunang) beli rumah murah jer end lot, dekat jer dengan rumah parents saya. So rumah tu banyak sangat rosak so kami plan renovate terus rumah tu. Sebelum rumah tu dijual, owner dia bagi sewa jer rumah tu. So korang paham paham sendiri lah bila rumah diberi sewa ni macamane rupa dia. Sangat sangat teruk. Rosak sana sini. Mula mula tengok rumah macam nak nangis sebab teruk sangat. But bila mak abah cakap no worries bila dah renovate akan jadi lawa, so legalah sikit.

So encik tunang berjayalah merealisasikan impian rumah buruk bertukar jd istana kecil. Yeayyyyy! Banyak jugaklah costing renovate rumah ni, tapi encik tunang cakap takpe, dia rela habis duit sebab nak cantikkan rumah kami. Untuk kami duduk selesa juga nanti. Thanks b!Selain daripada cabaran dari segi kewangan, ada juga cabaran lain yang selayaknya disebut sebagai ujian dalam tempoh bertunang :( Seriously banyak sangat sampai ada tahap nak putus tunang dan cancel bridal , photographer blaaaa blaaaa blaaaaa.... sebab rasa masa tu down sgt~ Dalam pada diuji dengan macam macam ujian, ada jugak rezeki yang datang. Bilamana encik tunang dapat kerja yang lagi bagus sekarang. Itu pun dikira rezeki nak kahwin. Flow hubungan kita ni dikira macam turun naik turun naik sekitar tahun ni. Tuhan jer tahu gelora perasaan tak henti henti ni mcmane :(

Now, cuma menghitung hari untuk disatukan :) may Allah ease everything ameeen