She is ADILA ...

Wednesday, September 7, 2016

Jauh

Tuhan cipta kita
ada dua jiwa
tapi kongsi satu rasa
ibarat cubit peha kiri, kanan yang rasa
cinta atas dasar sayang saja
tak ke mana rasanya
kalau kasih tak bertaut
takkan tergapai impian yang sama
atas dasar sayang itu
kita cuba labuhkan kasih
rupanya kasih telah hanyut ke tepi
kita cuba semai cinta
tapi rupanya cinta hanya mimpi


Jauh.


Thursday, July 21, 2016

5 bulan sudah berkhidmat di Arwana Perhentian

Salam semua. 

Lama benar tak menulis di ruangan ini. Nampak kosong sangat.
Baru teringat ohhh dah lama tak update pape kat sini. 

Di pagi jumaat yang clear sangat cuaca ni, rasa nak update sikit je pasal aktiviti masa kini.
Lepas je habis kerja kontrak kat UMK tu, aku tersadai jugak kat rumah dalam sebulan dua jugak.
Lepas tu macam macam interview dah pergi. Sampai ke Terengganu nuhhhh!
Meh nak story mory sikit pasal pengalaman pergi interview:

RH Kuala Terengganu
Nampak ada 1 iklan temuduga terbuka kat sini. 2 hari sebelum iv ternampak iklan. 
Terus cakap kat abah nak pergi try luck kat sini. Abah kata jauh.
Aku cakap mana ada jauh, Terengganu je. Aku nak try nasib bahagian finance.
But bila sampai sana diorang cakap bahgian finance nak guna kerani je. Gaji pulak 900 jer.
Tak padan dengan kelayakan aku. Then dia offer aku sebagai sales. 
Dia cakap tertarik dengan aku yang banyak mulut nih.
Bila dia terangkan role tu aku berminat. Kena entertain guets, blaaa blaaaa...
then bila aku cakap kat abah, abah takbagi. Alasannya, susah takde timing kerja, lepas tu entertaint client sampai malam malam. Susah susah.
Hotel kan.... biasalah entertaint client yg besar2 nih.
Then tak jadi. Aku tolak offer leklok........


Seminggu lepas tu Arwana Perhentian call suruh datang iv plak. 
Abah aku pun berat hati nak bagi, sebab hari yang sama jugak ada temuduga terbuka kat aeon mall.
Tapi aku cakap kat abah, biarlah aku nak pergi kat sini dulu.
Masa temuduga tu, dia bagi offer samaada aku berminat nak jadi HR ke Sales Account.
Sales account ada 2 choice, nak dekat island or inland.
So aku cakap lah aku berminat nak duk tempat account lagi, tp nak kat inland jer. 

Seminggu lepas tu dapat call, alhamdulillah berjaya. 
Bekerjalah aku kat situ dr bulan 2 sampai sekarang. Nasib aku baik sangat kat sini, bulan 5 hari tu dinaikkan pangkat jadi executive account (main account) kat sini.

Alhamdulillah. Syukur tak terkata. 



Sunday, March 6, 2016

SPM bukan penentu kejayaan

Pertamanya,
Tahniah pada adik adik yang cemerlang SPM.

Gembira bukan bila tengok straight A terpapar kat slip. Dalam fikiran dah terbayang bayang gambaran universiti yang bakal dijejaki, Usaha selama ini ternyata tak sia sia. Senyum simpul ibu bapa bila ramai yang ucapkan tahniah pada anak anak mereka. Bila balik rumah pula jiran jiran asyik bertanya pasal result. Dengan bangga si ibu cakap straight A, harapan nak tengok si Minah ni jadi doktor tercapai jugak. Gembira tak terkata.

Ibu si Ali nih pulak tersenyum senyum, riak muka sedikit tunduk bila orang asyik tanya pasal result anak dia. Anak dia cuma lulus saja, Mana mungkin mampu setanding si Minah itu. Mana mungkin seorang ibu ini mampu menuturkan jawapan pd si bertanya. Takut. Takut orang dapat mengesan riak muka sedihnya. Tapi sampai bila.... dia harus akur keputusan SPM ini keputusan yang muktamad. 
Dan dia harus terima kenyatan yang anaknya cuma lulus. 
Cuma lulus.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Itulah reaksi. Fenomena, Bila result peperiksaan keluar. Paling terkesan semasa result SPM.
Berbanding dengan yang lain lain, SPM lah yang paling ditunggu tunggu.


Mentaliti orang kita memang macam tu. Yang berjaya dilambung lambung. 
Yang kurang berjaya dikutuk kutuk. Takpun di sindir sindir.

Korang pasti ke yang berjaya masa SPM berjaya jugak di masa hadapan?
Kunci tu memang ada, tapi belum tentu alamat di depan hari itu singgah tepat masa dan waktunya.
Kalau korang rasa dengan SPM cemerlang dan boleh berjaya depan hari
SALAH FAKTA tu!


Sebab bila kau dah masuk U
* kalau kau start lupa diri , kau akan failed
* kalau kau main main masa tu, memang result dia main main
* kalau kau rasa layan awek kau lagi bermakna dari masuk kelas, kau akan failed


dan jangan sesekali kau rasa hidup kau dah complete bila SPM kau straight A.
itu tak menjaminkan kehidupan di masa depan kau cerah.

dan jangan kau fikir yang gagal SPM, masa depannya akan gagal jugak.
kalau dia berusaha lebih dari kau, tak mustahil dia mampu berjaya lebih dari kau.
Sebab dia dah pernah rasa betapa peritnya sebuah kegagalan tu.


Thursday, March 3, 2016

Pemergian yang mengejutkan

Salam Jumaat.

Jumaat yang ke 4 tanpa arwah tok. Arwah merupakan datuk saudara aku. Pertalian darah sebelah mak yang cukup rapat dengan ahli keluarga aku sejak kecil. Insan yang selalu support family aku kala dilanda kesusahan serta kesedihan.

Tok dan chu. Terlalu sinonim nama mereka di kalangan ahli keluarga.
Pemurah, ringan tulang dan supporter terbaik. 
Itu yang mampu aku describe pasal arwah.

Benda yang takkan pernah aku lupa tika dia masih hidup, tiap kali Ramadhan tiba sudah jadi kebiasaan rumah aku akan mengalu alukan kedatangan dia sekeluarga untuk berbuka bersama. Dah jadi tradisi bila mana anak anak semua ada kat rumah, cukup lengkap ahli keluarga, kami memang akan invite tok sedara belah mak datang berbuka bersama.

Itu kenangan yang tak boleh aku lupakan sampai bila bila.

Bila rumah aku nak buat majlis kenduri, chu dan tok lah orang pertama yang kami akan rujuk. Chu ni selain dari pencen sister, dia jugak caterer. Selalu buat makan. So apa apa even kami memang akan refer chu dan tok. Last even kami sempat bersama masa majlis bertunang dan majlis kahwin along. Itulah kali terakhir tok dan chu mengerah kudrat untuk memastikan majlis berjalan dengan lancar.

Seminggu sebelum tok kembali ke Rahmatullah (Jumaat, 5 Februari), 
mak ajak aku dan adik pergi melawat tok. Chu call kami beritahu tok demam. Tak pernah lupa bila ahli keluarga kami sakit, tok dan chu memang cepat cepat akan datang melawat kami. 
Samalah apa yang kami buat masa seminggu sebelum tok pergi. Masa aku pergi tu, tok memang tak larat. Demam biasa katanya. Tapi aku tahu dia betul betul demam bila dia asyik terbaring berselimut je, Jarang sangat dia begitu. Tak mampu layan tetamu.

Isnin (8 Februari)
Chu call cakap tok kena warded kat Hospital Tanah Merah. Suspek kencing tikus. Masa tu condition dia agak lemah bila tiba tiba dia diserang lelah. Masa itu memang dia pakai oksigen yang kecil tu. Dari katil hujung blok, di transfer ke katil depan kaunter nurse. Kiranya mudah untuk pemantauan nurse dan doktor.

Selasa (9 Februari)
Kami pergi melawat lagi. Condition masih sama macam semalam. Kami balik lewat malam sebab teman tok dulu sementara chu pergi mandi dan solat. Masa tu penjaga cuma chu sahaja.

Rabu (10 Februari)
Kami tak pergi sebab Danish balik lambat. Cuma adik je pergi melawat. Dia cakap tok dah nampak sihat dan boleh bercakap. We all considered dia akan sembuh dan keluar wad lah.

Khamis (11 Februari)
Panggilan Subuh hari membawa perkhabaran yang agak duka. Chu call cakap tok kena epilepsi (sawan) semalam non stop. Terkejut bila dengar tok dah guna bantuan mesin. Sampai kat hospital kami tengok dari tepi tingkap memang kelihatan nazak. Dalam kul 12 tok ditransfer ke ICU fully guna bantuan mesin. Masa tu ramai sedara datang melawat. Abah datang lepas Asar, baru balik kerja, Abah cakap malam ni dia akan tido kat hospital, so dia suruh aku balik.

Khamis, 11 Februari, 11.03 malam
Dia menghembuskan nafas terakhrinya. Terkejut dan tak sangka pemergian yang cukup terasa cepat.
Dia pergi tanpa pesan. Cuma kami dapat merasai perlahan lahan dia pergi tinggalkan kami.
Moga dia ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman.



Alfatihah

Monday, February 22, 2016

Latest info: Konvokesyen Sidang ke 84 UiTM

Kepada pelajar pelajar yang tamat sesi 2015 dan belum konvo,
anda diminta untuk melayari laman sesawang 


Sila kemaskini maklumat diri sebelum 29 Februari 2016.
Kemudian follow up lagi pada 22 Mac 2016 untuk langkah seterusnya.
Tak lupa juga sila update di portal Bendahari untuk pembayaran yuran.


Sekian terima kasih.

Friday, January 15, 2016

Cara mendidik budak kecil

Assalamualaikum
Bila dah start update blog, rasa seronok pula menulis. Tambahan masa terluang banyak sangat hihi. Sekarang kan sis dah tak pergi kerja, so sis tolong mak jaga Danish je kat rumah. Jadi babysitter lah sis ni.


Korang nak tahu tak bukan mudah yer nak bentuk dan didik seorang manusia.
Betul, itu yang sis rasa. Pembentukkan seseorang manusia bermula dari rumah. Ingat bermula dari rumah! Nak didik orang biar menjadi orang (bukan sebaliknya) haruslah bermula dari kecil. Ada beberapa perbezaan kanak kanak yang sis Nampak secara telus (natural) bila sis bandingkan Danish dengan kanak kanak lain.


Sebab itulah mak sis selalu pesan apa yang kita buat, apa yang kita ajar pada kanak kanak, diorang akan jadi cepat mengikut. Biasalah budka budak ini akan melalui pendedahan fasa pertama. So dari situlah mereka akan belajar sesuatu yang baru. So, sis suggest utk pendedahan fasa pertama ini haruslah menunjukkan sikap sikap positif dan baik untuk dijadikan ikutan pada budak budak.
Nah, sis share sedikit sebanyak yang boleh korang cuba buat


Sebut perkataan yang baik baik
Bagi sis ini paling penting. Sebab budak budak cepat sangat mengikut apa yang kita cakap. Sebab itulah mak sis selalu pesan jangan ajar cakap bukan bukan depan budak budak. Sis pun sebenarnya dari kecil sampai besar, mak abah sis tak benarkan guna perkataan “aku, kau”. Perkataan itu terlalu kasar. Dalam komunikasi sesame ahli keluarga, kami terbiasa dengan panggilan nama panggilan seperti along, adik, akak dsb. Apa yang sis Nampak sekarang budak budak sekecik 2 tahun pun dah pandai bahasakan diri aku, kau. Kan dah tak manis bila bercakap dengan orang lain. Nampak kasar dan kurang adab pula. Sebab itulah jika dalam rumah itu ada kanak kanak kecil, diharuskan guna perkataan elok elok. Takut pula mereka terdengar dan mengikut apa yang kita cakap.
Haru nanti.


Tunjukkan sikap sikap yang boleh diikuti dengan baik
Senang je, bila dia sepahkan barang, ajar dan tunjuk cara kemas balik mainan mereka lepas mereka dah puas bermain. Senangkan.Bila kita selalu tunjukkan pada kanak kanak, mereka akan terbiasa dan faham secara automatic, bila siap main dia akan simpan dan kemaskan serta letak ditempat asal, sepertimana yang kita buat sebelum ini. Biasalah semua benda haruslah ambil masa. Korang jangan fikir hari ini korang tunjuk, esok diorang akan  ikut buat terus. Perlu konsistent. Itu yang penting. Pelajaran lisan dengan tak lisan sangat lah berbeza. Sebab itulah harus sabar. Nak bagi pandai bukan mudah yer.
Sabar, konsistent!


Benda yang salah kena bagitahu salah
Orang sekarang lebih suka menangkan hati anak. Itu yang salah. Apa yang salah pun dikatanya betul. Demi nak jaga hati anak. Nanti kang tak pasal pasal anak anak menangis melalak pulak.
Ini yang salah sebenarnya. Kita sepatutnya ajar anak dengan betul Yang salah kena cakap salah. Contoh kalau dia suka conteng dinding dengan pen or pensil, kita kena bagitahu tak boleh conteng kat dinding, kalau nk tulis kena tulis kat buku. Faham tak?
Kenapa pentingnya ini? Sebab nanti bila dia pegi rumah orang, takde dahterlajak nakal dan masa tu tak leh nak control dah. 


Cuba ajar berkongsi
Ini penting. Ini elak jadi berebut dan menangis nangis jika kehendak hati tak dapat dipenuhi. 
Mak bapak sekarang memang anak menangkan anak diorang saja, dah tak pandai nak ajar berkongsi kalau benda itu ada satu je. Naik pusing kepala sis bila ada nampak budak budak yang menangis nangis macam sakit sakit je bila berebutkan benda. Geramnya mak aiii... Sis rasa nak cubit cubit. Tapi tak bolehkan sebab anak orang. Kalau anak sis, sis dah sepit ketam kecik kat telinga tu atau sis jeling dari jauh.

Thursday, January 14, 2016

Menikmati cuti panjang anda

Sis tahu sekarang adik adik yang lepasan SPM, atau adik adik diploma yang nak menyambung pengajian ke peringkat degree sedang bersenang lenang menikmati cuti panjang anda.


Disebabkan oleh adik adik mempunyai masa terluang yang banyak, apa kata adik adik cuba ikut tips yang sis akan bagi ini; 


Cuba daftarkan diri adik adik ikuti short course yang adik minati
Sis bercerita berdasarkan pengalaman adik bongsu sis. Dia juga senang cuti sakan baru habis SPM katakan :) atas arahan mak sis, sis diminta google mana mana kursus jangka pendek yang diadakan di Giatmara. Kebetulan pula masa itu kezen sis dapat tawaran kursus jangkamasa pendek dalam bidang mikroelektronik. So hari itu jugak sis call pejabat Giatmara (kebetulan dekat Machang ini ada Giatmara) dan menanyakan cara cara nak daftar masuk kursus jugak. Sis bagitahu lah yang adik sis baru je tamat SPM, kalau boleh sis nak suruh dia join masuk mana mana kursus yang sesuai dengan dia. Kebetulan pula hari yang sis kol hari yang dibuat temuduga. So, orang pejabat tu suruh adik sis datang terus untuk sesi temuduga. 

Alhamdulillah adik sis berjaya daftarkan diri disana. Yuran pengajian pula serendah RM275, include baju. Lepas tu bulanan dia akan dibayar elaun sara diri sebanyak RM 200. Untung sangat sebab ilmu dia dapat, duit pun dia dapat :) Tak sia sia sis kol. Untuk adik adik yang tengah tunggu result tu, apakata cuba apply tak kisah lah kat Giatmara ke ILP ke Kolej Komuniti. Asalkan adik mampu join short course dia. Ilmu tak rugi untuk dituntut yer!


Belajar menjahit, potong rambut ataupun make up
Ini khas untuk adik adik perempuan. Tak salah sekiranya korang nak kerja kat kedai makan ke kat pasaraya ke, tapi sis suggestkan agar korang cuba mintak kerja kat kedai tailor ke, saloon ke, minta kerja kat bridal shop ke. Secara tak langsung korang akan dapat ilmu. Bukankah itu lebih elok daripada korang hanya dapat duit? Duit cepat habis dik, tapi ilmu ni sampai bila bila anda boleh guna.
cuba praktikkan yer adik adik... Tak kisahlah kerja cuci rambut ke dulu, itu pun dikira experience kan. Lama lama nanti bila dah lama kerja, boss akan ajarlah cara cara nak potong rambut pula. Lepas dapat result nanti, mintak masuk kos dandanan ke. Uishhhh untung dik!
Minat tu kena ada dulu, baru kesungguhan akan jadi keberuntungan.


Elakkan kerja di kedai makan (warung atau kedai makan kecik kecik)
Sis ini duk kat area kampung, bandar terpencil. Kebanyakkan budak budak lepasan spm ni suka sangat kerja kedai makan. Kedai makan yer.... bukan restoren besar besar, fastfood restaurant ke, hotel atau seangkatan dengannya. Kerja kedai makan dekat area area kawasan yang terpencil lah (cuba imagine)
Kenapa?
Ini disebabkan owner kedai tu setakat nak jadikan adik adik sebagai pelaris kedainya sahaja. 
Berhati hati dik. Kecualilah owner tu sedara adik ke, takkan dia nak ambil kesempatan macam tu kan, Tapi bila orang lain, yesssss..... dia mempergunakan adik sahaja! Guna kecantikkan adik keramahan adik untuk tarik pelanggan dan lariskan perniagaan dia. 
Berhati hati dik


Cuba jadi kreatif
Macam mana yang ni. Contohnya kalau adik jenis tak boleh kerja dengan orang, cuba adik buka bisnes adik sendiri. Kalau rumah adik dekat dengan sekolah misalnya, adik boleh mulakan perniagaan jual air dan keropok untuk budak budak sekolah. Kalau adik jenis suka berniaga tudung, kosmetik atau sebagainya, cuba jadi agent dropship. Sekarangkan medium banyak, FB ada WeChat ada, Instagram ada. Gunakanlah ilmu marketing adik! Untung nasib boleh dapat banyak duet dik.
Yang penting usaha kena kuat, kena bersungguh baru menjadi.


Cari kerja dekat workshop or kedai motor
ni khas untuk lelaki, kalau korang ada kemahiran baiki basikal ke motor ke cubalah korang mintak kerja kat workshop. Ilmu tu dik. Tak rugi sekadar jadi budak budak yang menolong kat workship tu.





#sis suka bekerja. 

Wednesday, January 13, 2016

Diam diam ubi.... berisi


Assalamualaikum sahabat sekalian
Lama menyepi dek tuntutan kerja yang menghalang laluan untuk menulis, walaupun terlalu banyak idea difikiran yang belum lagi dilontarkan.


Selesaikan tugasan yang patut diselesaikan dulu baru boleh menulis dengan aman damai.
Kebetulan semalam baru selesai key in markah final students kesayangan saya.
116 daripada 117 orang kesemuanya. Kehilangan seorang pelajar saya itu diluar jangkaan saya sebenarnya. Jika tak silap dia telah berhenti belajar di saat akhir. Itupun saya dapat tahu bila dia tak hadir pada hari sepatutnya dia bentangkan kertas kerja.


Sepanjang saya mengajar mereka tipulah jika saya tak lihat setiap perkembangan anak didik saya. Mula mula terkesan juga bila ramai yang tak perform well masa midterm test. Sebagai tenaga pengajar sudah pastinya saya rasa terkilan dan tertekan sedikit dengan cara sambil lewa mereka belajar. Tambah tambah students lelaki di kelas yang paling lewat petang. Saya ni bertugas sebagai tutor sambilan sahaja, so kelas saya hanya ada pada hari Isnin. 2 kelas di sesi tengahari dan2 kelas lewat petang. Kesemua kelas saya berlangsung selama 4 jam. 


Bayangkan selama 4 jam saya bekerja saya mengulangi benda yang sama sebanyak 4 kali.


Saya sangat teliti dalam pembahagian sukatan pelajaran. Sebolehnya saya cuba maksimumkan level pengajaran saya pada setiap kelas. Sekurang kurangnya bagi bab yang mudah saya akan habiskan dalam masa 1 jam. Dalam 1 jam itu saya akan includekan apa yang selalu masuk dalam test atau final, saya akan dedahkan soalan soalan yang kerap ditanya dan juga saya akan bantu mereka buat soalan latih tubi.


Macam sekolahkan?


Tapi itu cara saya. Bagi saya bila saya mnegajar bersungguh sungguh pastinya saya mahukan mereka faham dengan apa yang diajarkan dan bila exam saya nak mereka skor. Sebolehnya.


Dalam kelas saya ada macam macam jenis student. Ada yang jenis cakap banyak, ada yang jenis kurang bercakap, ada yang jenis suka bersembang dengan rakan sebelah, yang jenis masuk lewat, yang jenis melopong termenung dalam kelas, ada yang tunjuk pandai, hebat. ahhh macam macam lagilah sikap mereka.


Pandangan saya cukup jelas mengatakan yang cakap banyak itulah yang akan skor dalam kelas. 
Tapi sangkaan saya meleset. Rupanya yang pendiam suka buat hal sendiri itulah yang lebih cemerlang dari yang suka cakap lebih. Bagi saya jenis yang pendiam ini dia sebenarnya berfikir dan akan serap ilmu itu tanpa ada apa apa sekatan. Sebab dia senyapkan. 
Yang sembang je lebih itu propa je lebih.


Maafkan saya. Realitinya begitu.
Tapi mungkin tak semuanya begitu. Mungkinlah.