Tanggal 21 Mei
2014 baru baru ini, aku kehilangan datuk kesayangan, Allahyarham Hj Junoh bin
Said. Masih terasa lagi kehilangan yang terlalu baru bagi aku dan yang paling
terdekat denganku. Dia pergi setelah berbulan mengidap kanser perut. Walaupun
kami anak beranak meredhai pemergian dia, namun di sudut hati terasa penuh
sayu.
Arwah disyaki
mengidap kanser (kalau tak silap aku) selepas Aidilfitri tahun lepas (2013).
Semua anak anak dia (termasuk abah) cuba sedaya upaya untuk mengubati kanser
tersebut. Tapi bila kami semua selalu bertemu doktor pakar, dia menasihatkan
supaya tak perlu lagi operate arwah sebab atas faktor usia yang agak lanjut.
Kami anak beranak akur dengan keputusan doctor kerana kami yakin dia lebih arif
tentang ini. Arwah berulang alik ke hospital sebab dia mengalami kesukaran utk
makan dan minum, so kami terpaksa bawak arwah ke hospital untuk tambah air
(drick) serta amik darah. Bila arwah tambah air, arwah kelihatan bermaya sikit.
Maklumlah bila air dan makanan dah takley telan, so masuk drick lah jawabnye.
Keadaan arwah
makin teruk awal tahun ini. Susut terus tubuh arwah. Masa itu arwah dah tak
mampu nak pergi hospital, jadi kami hired personal doctor to checkup him at
home. Still masuk drick, sometimes vitamins untuk menyegarkan tubuh dia. Kami
memang beli susu khas untuk arwah (khas utk pesakit kanser) but he refused. So,
kami ganti dengan full cream milk, susu HL, sometimes kami belikan mushroom
soup kat PizzaHut bagi dia makan.
Then masa bulan
5 keadaan dia makin tenat, kebetulan masa itu aku nak konvo jugak (19 Mei aku
konvo). So, I told abah cakap tak payah attend konvo aku lah, sebab aku boleh
jer konvo sorang2. Sebab aku dah memang stay kat Shah Alam, so takde masalahlah
kan. But abah cakap dia tetap nak datang sebab ni first konvo aku. Before this
(diploma) aku tak attend konvo sebab aku sibuk dengan kelas masa degree tu. So
aku cakap nevermind, abah datang sehari sebelum konvo (Ahad tak silap aku).
Then bila abah mak baru je sampai kat Sg Buloh, uncles call cakap arwah tenat,
doktor panggil semua anak anak arwah. Abah dah gabra dah sebab baru sampai sini
kan, takkan nak patah balik Kelantan. Jauh tu! Then after 2 hours, arwah
stabil. So abah decide lepas je aku konvo (aku konvo petang), malam tu abah nak
gerak balik dah. Masa tu sista aku amik cuti so dia pom nak balik sana jugak.
Aku refused bila abah ajak balik sebab ada kelas (+ aku ada test and program).
So after habis konvo abah gerak balik sana dengan mak, sista & akak.
Hari berkenaan
(hari arwah dijemput pergi selama lamanya, Rabu 21 Mei 2014), kelas aku petang,
aku ingat lagi kelas tu kelas HR ada test sekali. Tapi aku pergi pagi lagi
sebab aku biro aktiviti utk program CSR bersama Orang Asli hari Sabtu. So aku
pergi Unit Sukan blaaa blaaa blaaaa handle aktiviti. Masa tu jugak aku tak
perasaan fon aku berbunyi. Masa aku rehat kejap sebelum jumpa ngn admin kat
AAGBS tu lah aku check fon, then ada berbelas miscall dari akak. Then belum
sempat aku call balik, dia call and cakap arwah dah pergi buat selamanya. So
dia suruh aku balik ngn kezen aku yang duk kat Gombak (mulanya aku plan nak
amik flight terus). Then aku terus rushing pegi KTM Padang Jawa direct ke KTM
Batu Caves. Kezen aku tunggu kat situ. Then dalam kul 2 kami gerak keluar dari
KL. Namun tetap takde rezeki nak kucup arwah bila aku tak sempat sampai sebelum
kul 6. Masa tu semua call aku cakap nak kebumi arwah dah sebab dah lewat, tak
elok jugak lambat2. Aku sampai kat kubur tu masa selesai baca talkin dan masa
tu family siram pusara arwah. So, aku hanya mampu jirus air mawar sahaja.
Sedih tak
terkata. Kehilangan pertama yang meragut kebahagiaan kami anak beranak. Syawal
pun kini suram. Sebelum aku ke Shah Alam semula utk sambung semester 2, aku
sempat ziarah pusara arwah.
Al Fatihah.
No comments:
Post a Comment