Belog yang dah 4 bulan aku tinggalkan. Aku menyepi. Baru ku tahu last entryku ketika baru menjejakkan kaki ke bumi Kuala Lumpur untuk training bersama RHB. Kemudiannya aku menyepi seribu erti.
Hati terjenguk rasa terkilan bila tak mampu luang masa membiarkan jari berbicara di keyboard. Apa yang mampu aku lakukan hanya biarkan jari bermain di keyboard untuk menaip benda yang lebih penting. Tatkala aku ada ruang untuk bercerita biarlah aku bebaskan otak aku dari segenap ceruk dunia untuk menulis cerita di alam maya ini.
Tatkala ini aku di Perpustakaan Tun Abdul Razak 2, UiTM Shah Alam.
Siapa aku sebenarnya sekarang? Tika aku tinggalkan belog usang ini aku baru berkhidmat sebagai pekerja bank di RHB. Saat itu aku jalani praktikal dan latihan di Hotel Plaza Kuala Lumpur selama 2 minggu. Kemudian selepas itu aku bergerak kembali ke Machang. Di Machang aku ditugaskan di Pejabat Pos Machang. Bosku perempuan yang berusia lewat 20an dan masih bujang. Aku bekerjasama dengan seorang lelaki bujang yang turut sama bekerja di kiosk tersebut. Jo namanya. Ku anggap dia senior aku. Hari hari aku jalani kehidupan sebagai sale executive. Bunyi hebat. Tapi lebih kurang salesgirl di pasaraya yang hari hari memujuk customer membeli produk. Bos asyik menekan bila aku tak mampu buat sales. Sebenarnya aku mampu, cuma tatkala itu semua sales aku bagi pada Jo sebab aku masih tiada ID untuk masuk dalam system RHB. Menjengkelkan! Tapi aku pasrah, ini jalan yang aku pilih.
Hari hari aku lalui dengan penuh kekusutan dijiwa. Tiada kedamaian rupanya menjadi seorang banker ini. Yang paling melucukan bila aku tersondol tebing longkang. Remuk jugak skirting kereta aku. Lepas itu, abah aku mula masuk campur bila aku susah untuk kawal emosi aku. Panggilan Master pulak memanggil manggil. Abah mendesak aku. Abah impikan kerjaya aku lebih baik bila aku sambung Master. Abah impikan aku jadi lecturer. Abah ohh abah....
Lalu keputusan dibuat. Pertengahan Mac aku sambung Master.
Then sekarang aku hampir habis 1 sem di Shah Alam. Alhamdulillah, walau peritnye ada, namun aku tak stress seperti seorang Sales Executive. Orang selalu bercakap, the beginning always the harder.
Yang penting aku sekarang mampu!
No comments:
Post a Comment