She is ADILA ...

Monday, February 10, 2014

Baru beberapa hari....

#plazahotel

Aku disini, selama 2 minggu. Baru check in kelmarin (ahad), hari ni dah rasa nak balik kelantan terus. Susahkan jenis tak pernah keluar dari rumah ni. Hehehe..

Mujurlah ada wifi jadi peneman siang malam aku. Tadi kiranya 1st class EFE. Kiranye briefing pasal RHB product lah. Arini jugak aku isi belambak2 form. Kiranya aku sudah bekerja lah ni, dan tak lama lagi dapat gaji.

Tang dapat gaji tu aku suka. Tang training ni alahaiiii ...

Jauh. Bagi aku KL Kelate sangat lah jauh. Please tak suka jauh dari rumah. Dapat keje pon dekat dengan rumah. Itu kira bersyukur dan selamat sangat2. Tak perlu fikir macam2. Aku rinduuuuu ....

Seriusly.

Rindu semuanya di Machang. Time, please moving fast!

Wednesday, February 5, 2014

February Journey

Alhamdulillah.

Setelah difikir, ditimbang, ditolak dan ditambah, lalu satu keputusan dibuat dengan jiwa redha dan senyuman serta keazaman. Keputusannya ialah ..... aku memutuskan untuk berkhidmat di RHB Machang! Alhamdulillahhhh

Membuat keputusan untuk bekerja.
Inilah keputusan muktamad aku. Aku hold dulu master. Aku tutup mata dulu untuk ke kelas sebagai pelajar master. Ini semua demi sebuah pengalaman yang aku rasa aku tak boleh nak beli kat mana mana. Yes, to gain experience.

Inilah jalan kehidupan baru aku.
Baru semalam aku terima emai. Dari RHB Human Resources. Offer letter untuk Sales Executive position, secara kontrak selama setahun dengan gaji sebanyak RM 1800. Aku bakal berkhidmat di RHB kiosk Pos Machang Kelantan. Only 5 minutes from ny house. Caya lahhhh.

Rezeki. Kalau tak amik , macam tolak tuah pulak.

Aku bakal ke KL untuk training selama 2 minggu. Then selepas itu terus berkhimat di bumi machang. Aku tak kisah tang gaji. Aku tak kisah tang tempat keje. Aku cuma mahukan pengalaman. Lecturer kena banyak pengalaman kan

Aku masih dengan impian aku nak jadi lecturer. Insya Allah mungkin kali ini aku terpaksa hold tu master aku, sebab nak kerja. Maybe one day, aku akan continue study jugak untuk jadi lecturer. Doakan. Amin.

Belajar Bencinta

Kehidupan hari hari berubah wajah. Sebab itulah kehidupan itu indah, sebab penuh warna warni. Warna warni itu tanda bahagia. Bahagia itu menyulam senyum simpul. Bahagia tu satu perkataan yang terlalu subjektif.....

Benci @ cinta

Sama ada kita dulu menbenci lalu benci itu bertukar jadi cinta
Atau sama ada dulunya kita terlalu mencintai lalu ia berakhir dengan kebencian

Semua orang pernah mengalami fasa ini. Bencinta. Aku sendiri pernah mengalami. Keduanya. Dulu terlalu menyayangi lalu dek sakit hati yang amat sangat, aku terus membenci dia dan melupakan dia. Soal benci pulak, aku bukannya terlalu membenci. Tapi lebih kepada tak suka. Tak suka dia memula, last last jatuh cinta.

Heaven rasanya...... ;)

Walau apa pun kita rasa, walau apa pun perasaan kita, jangan biarkan ia terlalu. Mean keterlaluan mencintai, contohnya. Keterlaluan membenci. Sebab kadang kadang Allah menguji kita dengan pelbagai bentuk. Dia turunkan perasaan lalu Dia tukarkan perasaan itu menjadi sebaliknya. Sebab itulah kita wajar berserdahana dan belajar bersyukur.

Berserdahana? Serdahana bukan sekadar dari segi membeli belah sahaj. Serdahana boleh tampil dalam hubungan juga. Kita kena letakkan had pada perasaan kita. Supaya apa sesuatu kemungkinan berlaku atau musibah melanda, kesabaran boleh menyejukkan jiwa kita. Dengan sabar mungkin boleh memulihkan apa saja masalah.

So moralnya. Jangan keterlaluan sangat mencintai atau pun membenci sesorang. Nanti Allah balikkan hati kita pulak. Berserdahanalah!