She is ADILA ...

Friday, December 28, 2012

Sweet Sour 2012

Januari 2012
Time ni saya keje di kedai telefon dekat area Machang. Masa nie jugak saya sedang tunggu result utk sambung degree. Masa ini seronok sebab gila carik duet. Seronok dapat kenal member baru. Opsss saya jugak ade bos yang baik hati (kini sudah jadi arwah). Saya member baik wife dia, kakJa! Until now kami still kawan baik. Banyak saya belajar perkara baru sejak saya keje.


Mac 2012
Alhamdulillah, masa ini saya sudah pun mendaftar sebagai pelajar ijazah Sarjana Muda Kewangan di UiTM Kampus Kota Bharu. Masa ini saya gila nak study plak. Jumpa ramai member baru dan jugak hilang member lama jadi igauan buat saya. Disini jugak saya belajar lupakan sakit dihati saya. Ok, masa ini jugak saya tak lagi berkampung di Machang. Kini saya beralih tempat ke Kota Bharu. Heyyyy i lovin it!

Syawal 2012
Terasa lama gila saya tak sambut hari raya dengan meriah sekali. Tapi tahun ini memang saya gila beraya! Mau taknyer dah la saya sedondon dengan cintahati. Lepas tu plak, bakal mak mertua bagi baju raya pulak! Alahai, seronok kemain. Ok kaler pink baju raya mak mertua kasi. Kami pilih tema GREY tahun ini. Meriah gila walau my BFF xdapat balik beraya sekali. Opsss nak taw benda tak? Saya jadi superduper gila berposing bagai time nih. Aduhhh ! Rasa nak letak 1 folder gambar raya kat sini. *belebukkk*



Aidiladha 2012
Ok masa ini my beloved kezen kak Ma officially Married! Wah lagi gorjes disini. Meriahnya sakan dengan kaler purple. Kami semua sedondon. Opsss lupa nak bagitaw, saya jugak jadi unofficial cameraman for outdoor session. Nak tengok tak gambar yg saya snap? Ok nati saya share. Gila meriah sakan! Saya doakan mereka cepat cepat dapat baby dan bahagia sampai syurga!



Oktober 2012
Pertama kali sejak saya belajar kt UiTM, saya pergi trip education. Ok kami ke Langkawi. Pertama kali jejak tempat bersejarah lagi cantik dan mendamaikan itu buat hati saya gila tertawan. Seronok and enjoy disana! I love the place, and i wish i will go there again. Sekembalinya disana, opsss saya dikhabarkan dengan berita tidak gembira. Bos saya, Encik MRA telah kembali ke rahmatullah akibat serangan jantung. Saya sempat memberikan penghormatan terakhir buatnya.


Hari ini 2012
Saya tengah mabuk berblogging di musim study week! opss saya jugak nak tinggal laptop bluelove dalam beberapa minggu utk struggle for study week! Last picture for this year is ..........



 -xox :D-

Thursday, December 27, 2012

Kawan ketawa mudah di cari

Salam.
Selamat petang.
Semua sihat?

Sy sihat sentiasa! dan semakin hari semakin bam bam. opsss mak sy panggil sy ikan buntal! ohh sampai hati mak. Dalam kepala berfikir bile yer aku nak bila fellina or SDII setin? MrB cakap buang duit, buang masa. ohhh lagi jahat....
Dalam suka suka pasti ada duka yang aku tempuhi. Hidup berkawan memang indah bila kita bertemu dgn orang yang betul betul bole jadi kawan kita. Tapi tak pernah indah bila kita tak sekepala dengan kenalan kita.
Kawan, kenalan & sahabat ..........
Semua membawa maksud yang sama, tapi pengertiannya lain lain bukan. Dan saya tiada kawan dan sahabat baik buat masa ini. Semuanya sekadar kenalan biasa! Kenapa saya susah nak berkawan? entahlah tak secocok kali. Emmmm ntahlah. Hanya saya jer tahu kenapa saya susah nak berkawan. Kawan ni time kita senang baiklah, tapi time susah hampehhh. Sedih sangat hati bila mengenangkan tentang persahabatan.
Opsss tamau sedih sedih! Saya nak happy happy saja oke bole :)

-xoxo :D-

Tuesday, December 18, 2012

Pemilik tegar smartphone !

Salam .... selamat malam

hihihihihihi ya Allah rindunya kat belog saya nih. Akibat sibuk memanjang dan semakin sibuk sejak sambung ijazah ni membuatkan saya tak der masa langsung nak godek godek belog kesayangan saya ni. Malam ini cuba menghabiskan masa utk membersih segala kotoran dalam belog ini. Fuhhhh bersawang nyer! Sampai saya lupa bila kali terakhir saya singgah menaip disini.

Sejak jadi pengguna tegar smartphone, saya akui jarang gila saya nak on facebook guna lappy. Menggunakan lappy hanya ketika buat assignment! Fuhhh baiknya, menggunakan laptop sebaik baiknya hahahahhahaha. Ohhhh saya amat gilakan smartphone saya yg saya beli guna duet sendiri. Baru beberapa bulan saya guna, sejak beli September lepas, saya akui saya teruja memilikinya. Semuanya pantas! Dihujung jari sahaja segala maklumat. Tak perlu mengusung laptop yang sememangnya berat. Memudahkan!


Korang pasti sudah lama memiliki smartphone anda kan?