She is ADILA ...

Sunday, October 9, 2011

Ajal maut semua tu urusan Allah

Salam readers.
Pertamanya nak ucapakan salam takziah buat keluarga pelajar-pelajar semester 3 Art Design UiTM Machang yang maut dalam kemalangan ngeri baru-baru ini. Takziah sekali lagi, diharapkan anda bersabar dengan dugaan dan keperitan ini. Tuhan sedang menguji anda.




 
|| credit to Utusan M'sia||

Keadaan yg amat mengerikan. Berlaku kire kire dalam pukul 6 pagi dimana mereka dalam perjalanan balik ke kampus dari Kota Bharu. Saya anggarkan lagi 5 minit utk tiba di kampus, mereka terlibat dalam kemalangan di jalan Machang-Pasir Puteh. Kalau nak dikirakan memang dah hampir sangat nak sampai kampus. Tapi Tuhan dah janjikan ajal mereka jatuh pada hari berkenaan. Siapa kita utk menolak takdir yg datang.

Mereka berlima ini dikatakan menyewa kereta Kenari bewarna merah ini utk pergi berjalan jalan utk release tension di Kota Bharu. Difahamkan mereka akan pulang ke kampung halaman pada pagi kejadian itu. Namun, takdir dah tentukan nasib mereka tidak begitu baik. 2 daripada maut di tempat kejadian, 2 lagi di kejarkan ke HUSM kerana kritikal manakala seorang lagi tidak mengalami apa-apa kecederaan. Namun 2 yg kritikal itu menghembuskan nafasnya pada petang hari kejadian tersebut.

Itulah antara rentetan yg sy ikuti di akhbar. Kembali berfikir sejenak. Sudah 3 tahun sy menetap di UiTM Machang. Ntah berapa kali sudah perkhabaran tidak enak ini menjengah di telinga sy. Masa yg sama, kejadian yg sama. Kerap kali ianya berlaku. Petanda apakah ini? Badi kah? (nauzubillah)

Kadang kadang sy terfikir kenapa mesti berlaku semua itu dalam masa study week hingga tamat final. Kenapa? Keghairahan melampau atau kesukaan yg tidak terbatas buat kita alpa? Masyaallah... Beberapa hari sebelum kejadian, ketika itu sy masih dalam minggu peperiksaan akhir, sy terdengar khabar pelajar siswi lemas di Jeram Linang. Cuba anda search Google berapa ramai pelajar UiTM terkorban di Jeram Linang, Lata Tembakah? Berapa ramai pelajar UiTM terkorban dalam kemalangan ngeri? Berapa orang lagikah pelajar yg tak dapat grade sebab ajalnya datang? Sedih ... cukup sedih bila orang yg dikalangan kita pergi sebelum tamatkan pengajian.

Selama sy 3tahun disana, 3 tahun lah sy merajuk dengan abah sy sebab tak dapat join kawan kawan pergi jalan jalan after final exam. Yg last ritu pom just pergi makan makan kat area kampus beramai ramai. Sy cakap abah tak faham, tak understanding, kolot! Tapi abah tetap dengan keputusan TIDAK nya itu. Sebab apa? Sebab abah polis ... abah tahu bila pergi ramai ramai lebih dr 4 orang keadaan akan jadi lain. Abah cakap keselamatan tak berapa nak jamin sebab keseronokan melampau. Ia melebihi had dan buat kita alpa yg kita sedang memandu atau sedang dalam kawasan yg agak bahaya. Abah tahu dia tak yakin dengan sy. Cara pemanduan kot. Abah tahu jiwa remaja ni gila gila cket. Semua bahaya dalam area kita. Abah tak cakap dia menolak ajal Tuhan. Abah cakap kalau dah tetapkan hari tu kita xde, maka hari tu lah kita takkan ada lagi. Kita tak boleh cakap STOP utk kematian. Tapi abah cakap biarlah dgn cara yang memuaskan. Bukan dengan cara penyesalan. Biarlah nak cakap apapun, abah tetap cakap jangan pergi. Jangan pergi! Memang abah redha kalau pergi dgn cara tu, tapi mesti ada ralat di hati kenapa biarkan anak pergi. Kalau tak pergi, mungkin takkan jadi macam tu.

Mujurlah senakal nakal sy, sy tetap dengar cakap abah biarpun satu ni jer yg sy dengar. Dulu sy tak dengar cakap abah. Kini, sy tahu kenapa abah macam tu. Insyaallah, selagi abah cakap TAK BOLEH selagi tu sy tak buat benda tu. Abah pesan sebab ianya bersebab!

Nota kecik: Sedekahkan Al Fatihah buat arwah ... semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang orang yg beriman amin

No comments: