She is ADILA ...

Saturday, June 20, 2020

Budaya Penulisan Tidak Sihat

Assalamualaikum 

Sekadar ingin berkongsi sedikit hasil dari pemerhatian di segenap sudut, apa yang boleh disimpulkan disini masyarakat kita pada hari ini kian tenat dengan budaya penulisan tidak sihat yang diamalkan saban hari. Jika hendak dibandingkan dengan tahun awal 2000, masyarakat kurang terdedah dengan laman sosial yang pada hari ini kian berleluasa dan tumbuh bak cendawan selepas hujan!
Aplikasi seperti Whats App, Facebook, Twitter, Instagram dan banyak lagi seakan menjadi laman untuk berdebat sesama sendiri, menjatuh airmuka pihak lain dan sebagainya. Inilah yang dinamakan budaya penulisan yang tidak sihat.

Makin ditegur makin melampau!

Budaya memaki hamun individu lain seperti budaya baru yang sering diamalkan dalam masyarakat kita. Jika dahulu, masing masing akan bertemu untuk meluahkan ketidakpuasanhati hati masing masing, namun sekarang lain caranya. Dengan update di Facebook, memuatnaik status di Whats App sudah dapat menjatuhkan airmuka individu lain.

Budaya inikah yang dinama budaya baru dalam masyarat Melayu?

Jika tidak dibendung penularannya, masyarakat akan sering memijak dan menindas antara satu sama lain. Akhirnya pertemuan menjadi medan pergaduhan sesama sendiri. Jadi ayuh sama sama kita menghentikan budaya ini. Jangan memuatnaik status berunsurkan fitnah, atau kata kata cacian yang boleh mengundang perbalahan di depan hari. Kalau benar pihak kedua melakukan kesilapan, teguran secara baik diperlukan. Bukan dengan memuatnaik kata kata cacian makian yang boleh menjatuhkan airmuka individu lain. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa!

Sunday, February 24, 2019

Overclaim Product

Salam gais

Menjadi sesuatu yang tidak asing lagi bagi di Malaysia pada masa ini apabila lambakan kosmetik tiruan, repackaging yang berada di pasaran. Barisan founder founder seperti berlumba dalam acara marathon untuk menghasilkan produk komestik masing masing. Pembeli seakan pening untuk membuat pilihan disebabkan rata rata penghasilan produk tiada bezanya, cuma ada penambah pengurangan pada setiap kandungan produk berkenaan sahaja. 

Yang menjadi masalah besar apabila geng geng founder ini bukan sahaja berlumba dalam penghasilan produk malah menjadi overclaim barangan sendiri.

Perkara ini seakan mula memberi saingan sengit pada kami si pembeli. Susahnya nak buat pilihan. 

Tapi terasa sangatlah tidak beretika bila terlampau overclaim produk masing masing ini. Overclaim terlampau seperti contoh membandingkan produknya yang baru setahun jagung di pasaran dengan jenama jenama antarabangsa yang gah. Mereka bukan sahaja nama besar tapi sudah punyai lambakan jenis produk entiti tersendiri. 

Hello gaisss ! Jangan terlalu confident dalam mempromosikan produk korang yer. Kami sebagai pembeli naik muak dan jadi loya terus takjadi beli produk anda hahhaha. Hello ingat kami ini akan rasa teruja sangat ke bila kau mula bandingkan dengan jenama antarabangsa yang dah bertahun berada di pasaran. Ohhhh nooooo! Kami masih mampu menilai mana 1 kaca mana 1 permata.

Sekian, jangan teruja sgt dalam mempromosikan produk korang. Nak promosi boleh tp jangan sampai overclaim produk korang bagus sangat.

Saturday, January 20, 2018

Diary kecil; My First Monthsary

Assalamualaikum gais

5 hari lagi cukuplah 2 bulan jadi wife orang. Perasaan jadi wife orang tu lain sikit hokey. Rajn yang amat hokeyyyy! Macam macam benda nak cerita sepanjang jadi wife orang ni. 

Diri jadi lebih berdisiplin
Okay ini nak memang kena puji lebih. Sebab apa tahu tak? Sebab hari hari kerja berulang alik dari Machang ke KB, lebih kurang 1 jam setengah untuk one way. So hari hari jam akan berbunyi tepat pada pukul 6 pagi, kalau dulu bunyi first alarm tu sempat lagi snooze. Sekarang tak de nak snooze snooze bagai. Alarm bunyi jerk badan macam kena renjatan elektrik terus bangun mandi huhuhu. Otw nak p toilet tu sempat lagi capai apa jer dalam fridge. Biasa akan keluarkan nugget, sosej (bekpes wajib kami). Semua benda kena buat cepat, pantas, ringkas! Mandi jangan berangan lama sangat dalam toilet, huhuhuhu. Kalau dulu duduk termenung jer dah 10 minit. Sekarang nehiii heyyy okay! Zupppp zappp zuppp zappp siap mandi.

Planning tu wajib
Hari hari yang berlangsung tu kena fikir dan bertindak nak kena buat apa. Macam tahun ni, ofis dah tak buat alternate Saturday, so 1 hari sahaja cuti setiap minggu. So, hari jumaat lah hari yang paling pack! Lepas balik kerja hari Khamis, malam tu wajib basuh baju. Saya biasanya basuh baju seminggu sekali jer, sebab rugi basuh sikit sikit, kebetulan pulak memang washing machine besar kan, 13kg ! So memang basuh sekali seminggu jer lah. Sebelum tidur malam tu, saya akan siap siap sidai baju. Hari Jumaat tu dah boleh fokus benda lain dah macam kemas rumah, kemas peti ais, beli barang kat pasar etc etc etc

Makin rajin memasak
Ini benda paling terkejut dan terharu bila buat. Saya yang dulunya jarang sangat masuk dapur dan tak reti buat itu ini, rupanya pandai memasak *ecececece*. Hari hari masak untuk shuben. Breakfast wajib sedia setiap pagi, shuben makan sikit jer, saya yang memang takley skip breakfast sebab memang dari dulu breakfast. Breakfast biasanya saya akan campak campak dalam Air Fryer jer sebab selalu makan yang ringan ringan. Tapi bila mood rajin sikit, bila ada nasi lebih, memang akan buat nasi goreng. Shuben suka! Dinner pun wajib, jarang jarang jer minta shuben belikan makanan. Contoh time demam or penat giler suruhlah shuben beli 1 lauk then masak nasi kat rumah. Kami dah jarang makan kat luar. Shuben pulak jenis yang tak cerewet so senanglah tugas memasak. btw shuben suka makan ayam goreng kunyit :)

Selain daripada 3 diatas tu, perangai yang semakin tak boleh diubati ialah penyakit suka merajuk hahhaha. Bajet sangat kan shuben memujuk, tapi tak okay! dia buat derk jerr. Dan selalulah pujuk hati sendiri


Thursday, January 4, 2018

Selamat menjadi Pengantin Baru !

Assalamualaikum gais

Entri ini ditulis agak agak sebulan selepas kahwin. Hahaha jangan marah gais. Kelewatan yang tidak disengajakan.

Perkara gembira haruslah dikongsi bukan.

Untuk seketika selepas 7 tahun mengenali hati budi masing masing tepat jam 9.30 pagi bertempat di Masjid Bukit Tiu Machang 25 November 2017 yang lalu, saya Nuradila Mohamad Nasir dengan izin Allah telah sah menjadi isteri kepada Mohamad Za'in Jali.

ALHAMDULILLAH Allah permudahkan urusan.

Lebih kurang 12 tengahari hari yg sama telah berlangsung majlis resepsi kedua belah pihak di kediaman kami di Padang Selising. Terima kasih tak terhingga pada kaum kerabat Haji Junoh kerana bersusah payah membantu sepanjang majlis berlangsung.

Taklupa juga kepada kawan kawan , keluarga terdekat dan juga kenalan yang turut hadir memeriahkan majlis. Mohon maaf diatas kekurangan yang berlaku sepanjang majlis.

Doakan hubungan yg terikat kukuh ini kekal hingga ke Jannah amin rabbal aalaminnn.

Review:

Bridal by Ufie Bridal
Make up & Henna by Ufie Bridal
Busana Songket by N Gee Bridal
OP by Tarmizi Shamsuddin Photography
Kek Pengantin by Eirah CheLah

Wednesday, November 8, 2017

Budaya Kerja Yang Patut Dielakkan

Assalamualaikum gaiss.

Entri kali ini kita bercerita pasal budaya yang tidak sihat yang tak patut kita buat dalam company kita. Atau lebih tepat lagi di mana mana tempat kerja kita :)

Tak perlu jadi kaki kipas Boss
Yang pertama sekali kita kena elak ialah tak perlu jadi pembodek boss, itu yang lebih tepat! Korang takyah lah susahkan diri korang sampai level master untuk jadi pengipas boss. Buat kerja korang baik baik, bekerja dengan ikhlas, jujur dah settle. Nak tanya lah jugak kenapa yee harus jadi pembodek boss ni? Dapat gaji besar mungkin. Atau ada benefit lain yang korang dapat dari boss kan. Kalau korang memang excellent dari yang lain memang wajar korang dapat benefit lebih daripada yang lain. Tapi sekiranya korang kerja pun tak reti nak buat, korang rasa skill membodek korang level berapa yaa?

Jangan menjatuhkan orang lain untuk menaikkan diri sendiri
Tak perlu pijak orang lain untuk sampai ke atas okay. Kalau sama sama usaha tak salahkan kalau sama sama naik. Kadang kadang ada jugak jenis spesis yang suka pijak orang lain untuk kepentingan diri sendiri. Contoh macam korang ada task by group, then bila task dah siap, korang macam perasan tunjuk macam task tu korang je yang buat. Penipu namanya tu! Tapi biasalah orang sekarang dia dah tak peduli pasal orang lain dah asal dia dapat apa yang dia nak kan. Setuju?

Jangan jadi berlagak dan bodoh sombong
Ni special utk new comers lah, korang dah lah baru masuk kerja, even korang masuk pangkat Senior level sekalipun tak perlu nak berlagak dan tunjuk pandai yer. Please hormat orang lain, even dia sekadar budak pejabat. Tunjukkan sikap mesra korang dan jangan segan untuk minta bantuan orang lain sekiranya memerlukan. Tak jatuh pun imej korang tu!

Jangan gila kuasa
Baik boss atau senior level, korang janganlah amalkan sikap macam ni. Boleh dibenci orang okay! Tunjukkan korang professional dalam menjalankan amahan dan tugasan korang. Benda korang yang kena buat sendiri kena buat! Jangan pandai mengarah sahaja. Mentang mentang korang senior level kemain mengarah sana sini. Kau agak ada yang nak respect korang ke?


Tuesday, November 7, 2017

Wedding Checklist

Assalamualaikum gaiss
Harini saya nak tulis entri pasal wedding checklist! Utk korang yang bakal berkahwin tapi tak tahu dimana nak mula boleh ikuti tips kat bawah ni okay

Beli 1 bulan 1 barang
Barang yg dimaksudkan ialah barang hantaran. Biasanya selepas majlis merisik atau bertunang korang sudah ada tarikh utk majlis kahwin korang. So dari situ bolehlah rancang nak bawak berapa dulang hantaran. Kebiasaannya 7,9 @ 11. So dari situ korang kena list berapa dulang dan ape barang yang nak dibawak tu. So lps tu korang dah boleh start beli barang. Bila korang beli 1 barang 1 bulan taklah rasa terbeban sgt kan.

Kena pandai cari YES @ promosi @ diskaun dan segalanya yang FREE
Okay yang ni benar benar menolong anda okay. Takkisah lah beli barang hantaran time promosi ke YES ke yang penting murah dan lawa tak gitewwww.. selain dari barang hantaran, kad kahwin, doorgift, bridal pun boleh cari masa ni. Untung banyak taw! Kat situ korang boleh save RM korang. Berbelanja haruslah kena bijak bukannn.

Jangan lupa HIV test 6 bulan sebelum majlis
Ini penting okay! Korang akan diingatkan oleh pihak hospital yang rekod HIV anda hanya sah selama 6 bulan shj. So korang takyahlah pegi cek awal sangat. Nanti expired result korang.

List tetamu penting
Menitikberatkan jumlah tetamu yang hadir kerana ianya berpadanan dengan kuantiti makanan yang disediakan. Jangan sampai tetamu datang makanan dah habis okay. Kalau boleh elakkan kejadian mcm tu cuba elakkan. Tapi jika berlaku juga itu diluar kemampuan kita okay.

Okay kite update sampai sini dulu taw gaiss.