Alhamdullillah. Berkat hari Jumaat mungkin. Kami dah lama plan nak ada ikatan sebelum ini, cuma dia tak terlafaz lagi kat abah. Mungkin nerves, tak ready ke ntah lah aku pom tak tahu. Aku plak takkan terhegeh hegeh nak cakap kat abah mak kan. Prefer better dia yang luahkan hasrat itu, sebab dia yang niatkan.
Kami plan ni dah lama dah, sebelum ini dah cakap dah cuma tak berapa serius. After balik dari cuti Raya Haji tu conversation antara kami dah jadi macam serius. Mak dia pun setuju nak hantar rombongan cuma masih menanti kata putus dari aku sekeluarga je. Bila dah lama bincang, well we setuju.
Mula mula nak ikat this December. But masa tak mengizinkan dengan aku yang banyak kejenya, dah lah stay jauh, so rasa macam tak sesuai. Tambah plak aku kena prepare more on final assessment, kan dah hujung sem 2 kan. So we decide janji nak buat Februari 2015.
So, bila dia jumpa abah tadi (atas masjid, haiiii pandai pulak carik location), so dia cakap abah dah lama tunggu bila nak datang rumah buat kata putus. Aku tergelak jugak kan. Abah pun setuju lah, mula mula dia cakap bulan 12, lepas tu abah cakap macam tak sempat pulak, then dia cakap bulan 2 (sebab persetujuan kami bersama). Then abah cakap SETUJUUUUU !
Aku pon dah gabra sangat ni. Bila counting days dah hanya tinggal 2 bulan 24 hari lagi (ikut perancangan nak buat 13.2.2015). Doakan semoga berjalan lancar semuanya. Persiapan? Hmmm aku tak ready apa apa lagi. We decide to have small and private event sahaja. So there is no invitation guest or friends. Just private event for the close family member.
Kahwin? We save the date on 10.06.2016 . InsyaAllah amin......
No comments:
Post a Comment