She is ADILA ...

Friday, October 24, 2014

Mimpi itu bayang bayang

Seringkali dalam lena aku, dia menjelma. Bagai memohon satu kemaafan dari hati kecil ini. Mengapa? Mengapa hadir lagi? Bertahun lama kisah kita lenyap. Sudah lama hati masing masing beralih pada cinta yang lain. Mengapa harus hadir lagi?

Kemaafankah yang dia tuntut? Hati aku tak ikhals ke memaafkan dia? Aku sendiri tiada jawapan bagi persoalan itu. Hati ini rapuh, mudah terasa dengan segala kekejaman yang dia buat. Namun aku juga bukan malaikat yang tiada dosa padanya. Sedangkan Nabi pun ampunkan umat, apatah lagi aku insan yang biasa. Aku mencari jawapan. Jawapan yang aku nanti bertahun tahun. Sekadar mahu melegakan jiwa aku sendiri.

Entah berkali kali aku dah cakap aku maafkan dia. Mungkin maaf itu tidak telus sampai padanya. Apa lagi yang aku inginkan aku sendiri pun tak mengerti. Mungkin aku sering dambakan sepotong kata maaf itu terlahir ikhlas dari bibir dia. Dari dia yang terus hilang lenyap di telan masa. Sampai sekarang bayangnya pun aku tak pernah nampak. Cuma hadir sekadar dalam mimpi.

Hanya Tuhan saja tahu sebab kenapa dia masih hadir dalam ilusiku.

No comments: