She is ADILA ...

Friday, October 24, 2014

Mimpi itu bayang bayang

Seringkali dalam lena aku, dia menjelma. Bagai memohon satu kemaafan dari hati kecil ini. Mengapa? Mengapa hadir lagi? Bertahun lama kisah kita lenyap. Sudah lama hati masing masing beralih pada cinta yang lain. Mengapa harus hadir lagi?

Kemaafankah yang dia tuntut? Hati aku tak ikhals ke memaafkan dia? Aku sendiri tiada jawapan bagi persoalan itu. Hati ini rapuh, mudah terasa dengan segala kekejaman yang dia buat. Namun aku juga bukan malaikat yang tiada dosa padanya. Sedangkan Nabi pun ampunkan umat, apatah lagi aku insan yang biasa. Aku mencari jawapan. Jawapan yang aku nanti bertahun tahun. Sekadar mahu melegakan jiwa aku sendiri.

Entah berkali kali aku dah cakap aku maafkan dia. Mungkin maaf itu tidak telus sampai padanya. Apa lagi yang aku inginkan aku sendiri pun tak mengerti. Mungkin aku sering dambakan sepotong kata maaf itu terlahir ikhlas dari bibir dia. Dari dia yang terus hilang lenyap di telan masa. Sampai sekarang bayangnya pun aku tak pernah nampak. Cuma hadir sekadar dalam mimpi.

Hanya Tuhan saja tahu sebab kenapa dia masih hadir dalam ilusiku.

4 years had been in R/S

Alhamdulillah.
Praise to Allah give me a good man. 4 years being together with him, we start to think about our future. Lama sangat couple pun x elok jugak. Plus, nowadays we are in PJJ (percintaan jarak jauh eccecececce)...

This long journey that I experienced with him is so beauty. Belajar banyak benda dalam menjalani perhubungan yang agak serius. Frankly speak, I never been in relationship with a very long time. This is my first experience lah. Kesabaran yang tinggi, persefahaman, toleransi buat hubungan ini kukuh. Tak semua orang boleh faham cara kita, minat kita, jenis perangai kita. Tapi bila dah dapat seseorang yang boleh go on dengan kita, accept kita seadanya, jadi hubungan itu berlangsung dengan "spontan". Means spontan here, takde cover cover, very well matured, can discuss all matters, boleh agree and disagree at same time. Macam macam lagi lah...

Perasaan?
Sejujurnya ikhlas i love him. Nampak dia seorang lelaki yang boleh bimbing aku, boleh jadi pengganti abah satu hari nanti (peneman aku), boleh jadi abang yang boleh aku rujuk tika ada masalah. Dia sangatlah tinggi kesabarannya. Yang penting sangat matang. Ustaz (hahaha, dia selalu beri ceramah free kat aku, someday kita tak sedar kita buat silap kan, so dia tegur).

Future planning?
Of course to get married with the man i love one kan. Insya Allah someday ia akan jadi kenyataan. Buat masa ini dia tengah kukuhkan ekonomi. Aku pula masih on-school (insyaAllah tahun depan habis yeayyyyy nak kahwinnn). Plannyer nak ada ikatan dulu, Orang cakap untuk kukuhkan lagi perhubungan kan. Ye, kami pun ada plan jugak cuma bila tiba masanya nanti we will announce lah. Planning untuk kahwin in 2016! Haaa makkauuu .... dah save the date dah! hahaha. 

Kami merancang. Selebihnya Dia yang mengaturkan. Semoga dipermudahkan. Amin