She is ADILA ...

Tuesday, April 24, 2012

Mencari Keberkatan dalam Percintaan

Puas dihitung salah di mana apabila sesebuah perhubungan yg telah berlangsung sekian lama musnah begitu sahaja. Dikira kira ia seperti tidak logik. Bagaimana mungkin boleh roboh ikatan cinta yang terbina sejak sekian lama. Tidakkah kita tahu zaman percintaan adalah fasa mengenali dan mencari keserasian. Bagaimana mungkin perkara ini berlaku?

Tidak ada mustahilnya jika dalam fasa perhubungan itu tidak barakahnya. Keberkatan itu di utamakan. Mencari keberkatan dalam menunaikan sesuatu adalah sesuatu yang wajib dilakukan. Abah sering berpesan, jangan terlalu sakan bercinta, takut tidak ke mana. Mungkin benar. Orang lama lebih lama makan garam daripada kita. Tapi jiwa remaja sentiasa memberontak. Ke mana sahaja ingin ditayang tayang wajah si kekasih hati. Seperti ingin dilaungkan, "Dunia ! Lihatlah ! Inilah kekasih hatiku, penawar rindu, pengubat di kalbu". Tapi selepas itu ke mana? Takkan ke mana. Cinta itu jarang bertahan lama.

Sebab itulah kita wajar mencari keberkatan agar diredhai, agar di permudahkan setiap urusan kita. Bukankah percintaan itu adalah urusan yang kita perlu langsaikan sebelum menjengah ke alam perkahwinan? Jika dahulu pilihan keluargalah yang menjadi urusan. Tapi tidak pada masa kini. Masing masing mahukan "urusan" itu dilakukan sendiri. Dan keluarga hanya menjadi pengukur sahaja. Jika baik, baiklah. Walaupun begitu, tidak salah jika kita mendahulukan urusan itu dengan mengikut kata hati kita sendiri. Tidak salah! Asalkan ianya sudah di nilai sebaik baiknya.

Bagaimana yang dimaksudkan dengan keberkatan itu sendiri?
  • Jika kita merasa dialah milik kita selamanya, kenapa perlu dicanang canang sebelum tiba waktunya. Nanti akan hilang kejutannya nanti. Adalah berkat jika kita sendiri tidak mengheboh hebohkan benda yang tidak pasti hitam putihnya. Ini untuk mengelakkan daripada terjadinya fitnah berleluasa.
  • Keberkatan itu hadir dalam cinta itu sendiri. Kenapa kita memilih si dia? Kadang kala benda ini tidak menjadi sesuatu yang yakin. Terimalah dia seadanya. Insyaallah pasti mendapat berkat olehNya.
  • Mencari keberkatan keluarga. Restu itu diutamakan. Kadang kala, ada juga keluarga yang menentang. Sebaik baiknya berbincanglah. Moga mendapat suatu kata putus yang adil bagi kedua dua pihak. Jika masih tidak mempunyai kata putus, berserahlah pada Allah. Dia lebih mengetahui segalanya.
Insyaallah, berkatlah hubungan itu jika ke semua perkara yang mendorong ke arah keberkatan di utamakan. Semoga sama sama kita insafi diri kita yang hina dina ini. Tidak salah bercinta, asalkan kita tahu halal dan haramnya. Sama sama kita mendoakan yang terbaik dan agar mendapat keberkatan dalam perhubungan. Perhubungan yang dicipta bukan untuk jangka masa yang pendek, insyaallah untuk kekal selamanya hingga ke Syurga sana.

Selamat beramal ! 

Sunday, April 22, 2012

Cinta tanpa Restu

Di antara banyak banyak jenis cinta, inilah cinta yang paling ditakuti oleh semua orang. Iaitu cinta Tanpa Restu. Orang kata cinta ini takkan ke mana. Cinta yang takkan kekal sampai bila bila. Cinta sebegini pasti teruk di badai pelbagai masalah, konflik dan sebagainya. Inilah dinamakan cinta tanpa restu. Cinta sebegini juga tidak mendapat keberkatan daripada Illahi. Bagaimana hendak mendapatkan berkat jika ianya terjalin tanpa restu. Paling penting adalah restu daripada ibubapa. Berkatnya sesebuah hubungan adalah daripada berkatnya doa ibubapa.

Semoga kalian semua mendapat cinta yang direstui olehNya. Amin