She is ADILA ...

Thursday, August 25, 2011

Cinta tak semestinya bersatu tetapi kerana Cintalah kita bertemu

*tik tik airmata menitis lagi*

Ramadhan kali ini, walaupun sy jarang jarang pegi utk bersolat terawih di masjid, tetapi sy jarang tinggal waktu solat 5 kali sehari. Mak sy pesan, bulan mulia nielah kita kena minta doa banyak banyak, semoga Tuhan ampunkan segala dosa dosa kita. Sy doa banyak banyak semoga Tuha permudahkan segala urusan duniawi sy, malah sy juga selitkan semoga diberi ketabahan & kesabaran yg lebih utk menempuhi segala dugaan di kemudian hari nanti.
Ramadhan kali ini jugalah meninggalkan sy dgn seribu satu kenangan, cerita cinta sy dgn awak. Pahit manis sy telan jugak. Kadang kadang terasa hati ini di siat siat. Sy akui sakit hati ini belum cukup sembuh sepenuhnya. Ramadhan tahun lepas banyak ajar sy erti kesabaran, kesakitan, kekuatan utk hadapi segala macam masalah di dunia ini. Selagi kita bernafas, selagi itulah masalah sering berlegar legar dalam kehidupan kita. Hanya kita saja yg tahu mengapa ia berlaku & bagaimana hendak mengatasinya.
Berkali kali sy minta ampun dgn Tuhan atas apa yg sy dah lakukan. Terlalu banyak kesilapan yg terlukis dalam hidup sy walaupun usia sy masih muda. Tidak menyalahkan sesiapa, sy akui kesilapan itu berpunca drpd diri sendiri. Sy mohon agar Tuhan lembutkan hati sy utk memaafkan org yg telah menghancurkan hidup sy, sy mohon agar Tuhan usir segala sifat dendam kesumat walaupun sebesar kuman. Sy taknak hanya kerana dendam, org lain jadi mangsa. Sejahat jahat sy, sy tetap berperasaan. Dan kerana perasaan itulah, sy mohon Tuhan tutup segala pintu yg boleh mempertemukan sy & awak sekali lagi. Maaf, tak mampu utk tengok awak, pandang muka awak walaupun sekadar dalam mimpi. Saya tak kuat utk semua itu.
Perlahan lahan sy pujuk hati sy biar meredhai segalanya. Cukuplah, tutuplah buku kisah lama. Banyak lagi episod hidup yg perlu ditempuhi. Sabar, perkataan itulah yg selalu dibisikkan kepada sy. Jangan toleh pada cerita lama lagi. Jalan yg dihadapan luas terbentang, terhampar penuh utk sy lakaran pemandangan lain. Percayalah, kemaafan adalah dendam yg paling terindah.

Benarlah kata madah ini ... Cinta tak semestinya bersatu, tetapi kerana cintalah kita bertemu. Kita bertemu sekadar hanya utk sepasangan kekasih, bukan sepasangan yg sehidup semati.

Nota kecik: Entry terakhir utk seorg insan yg pernah singgah & bertakhta di hati ini, Mohd Faizal Ahamat

No comments: