She is ADILA ...

Saturday, January 20, 2018

Diary kecil; My First Monthsary

Assalamualaikum gais

5 hari lagi cukuplah 2 bulan jadi wife orang. Perasaan jadi wife orang tu lain sikit hokey. Rajn yang amat hokeyyyy! Macam macam benda nak cerita sepanjang jadi wife orang ni. 

Diri jadi lebih berdisiplin
Okay ini nak memang kena puji lebih. Sebab apa tahu tak? Sebab hari hari kerja berulang alik dari Machang ke KB, lebih kurang 1 jam setengah untuk one way. So hari hari jam akan berbunyi tepat pada pukul 6 pagi, kalau dulu bunyi first alarm tu sempat lagi snooze. Sekarang tak de nak snooze snooze bagai. Alarm bunyi jerk badan macam kena renjatan elektrik terus bangun mandi huhuhu. Otw nak p toilet tu sempat lagi capai apa jer dalam fridge. Biasa akan keluarkan nugget, sosej (bekpes wajib kami). Semua benda kena buat cepat, pantas, ringkas! Mandi jangan berangan lama sangat dalam toilet, huhuhuhu. Kalau dulu duduk termenung jer dah 10 minit. Sekarang nehiii heyyy okay! Zupppp zappp zuppp zappp siap mandi.

Planning tu wajib
Hari hari yang berlangsung tu kena fikir dan bertindak nak kena buat apa. Macam tahun ni, ofis dah tak buat alternate Saturday, so 1 hari sahaja cuti setiap minggu. So, hari jumaat lah hari yang paling pack! Lepas balik kerja hari Khamis, malam tu wajib basuh baju. Saya biasanya basuh baju seminggu sekali jer, sebab rugi basuh sikit sikit, kebetulan pulak memang washing machine besar kan, 13kg ! So memang basuh sekali seminggu jer lah. Sebelum tidur malam tu, saya akan siap siap sidai baju. Hari Jumaat tu dah boleh fokus benda lain dah macam kemas rumah, kemas peti ais, beli barang kat pasar etc etc etc

Makin rajin memasak
Ini benda paling terkejut dan terharu bila buat. Saya yang dulunya jarang sangat masuk dapur dan tak reti buat itu ini, rupanya pandai memasak *ecececece*. Hari hari masak untuk shuben. Breakfast wajib sedia setiap pagi, shuben makan sikit jer, saya yang memang takley skip breakfast sebab memang dari dulu breakfast. Breakfast biasanya saya akan campak campak dalam Air Fryer jer sebab selalu makan yang ringan ringan. Tapi bila mood rajin sikit, bila ada nasi lebih, memang akan buat nasi goreng. Shuben suka! Dinner pun wajib, jarang jarang jer minta shuben belikan makanan. Contoh time demam or penat giler suruhlah shuben beli 1 lauk then masak nasi kat rumah. Kami dah jarang makan kat luar. Shuben pulak jenis yang tak cerewet so senanglah tugas memasak. btw shuben suka makan ayam goreng kunyit :)

Selain daripada 3 diatas tu, perangai yang semakin tak boleh diubati ialah penyakit suka merajuk hahhaha. Bajet sangat kan shuben memujuk, tapi tak okay! dia buat derk jerr. Dan selalulah pujuk hati sendiri


Thursday, January 4, 2018

Selamat menjadi Pengantin Baru !

Assalamualaikum gais

Entri ini ditulis agak agak sebulan selepas kahwin. Hahaha jangan marah gais. Kelewatan yang tidak disengajakan.

Perkara gembira haruslah dikongsi bukan.

Untuk seketika selepas 7 tahun mengenali hati budi masing masing tepat jam 9.30 pagi bertempat di Masjid Bukit Tiu Machang 25 November 2017 yang lalu, saya Nuradila Mohamad Nasir dengan izin Allah telah sah menjadi isteri kepada Mohamad Za'in Jali.

ALHAMDULILLAH Allah permudahkan urusan.

Lebih kurang 12 tengahari hari yg sama telah berlangsung majlis resepsi kedua belah pihak di kediaman kami di Padang Selising. Terima kasih tak terhingga pada kaum kerabat Haji Junoh kerana bersusah payah membantu sepanjang majlis berlangsung.

Taklupa juga kepada kawan kawan , keluarga terdekat dan juga kenalan yang turut hadir memeriahkan majlis. Mohon maaf diatas kekurangan yang berlaku sepanjang majlis.

Doakan hubungan yg terikat kukuh ini kekal hingga ke Jannah amin rabbal aalaminnn.

Review:

Bridal by Ufie Bridal
Make up & Henna by Ufie Bridal
Busana Songket by N Gee Bridal
OP by Tarmizi Shamsuddin Photography
Kek Pengantin by Eirah CheLah