She is ADILA ...

Thursday, February 28, 2013

Rahsia Muda Jelita by NURBEAUTYLINE SOY COLLAGEN

Hadir dengan 2 perisa, iaitu Soya dan Coklat, aku menyakini tagline nya Rahsia Muda Jelita :) Sudah 4 bulan aku mengambil supplement tambahan utk kulit aku, so dengan perasaan gembiranya, aku merasakan kulitku makin cerah dari hari ke hari.

Harganya cukup berpatutan bagi aku yg tiada fixed income. Hanya RM 60 bagi 3 kotak, ianya cukup untuk kegunaan sebulan. Minum sekali sebelum tidur aku cukup yakin dengan produk ini.

Terima kasih NURBEAUTYLINE :)

-xoxo :D-

Feeling sedih jap nak balik U

Hewwhewwwheww

Di luar masih hujan. Sejuk. Buat mengantuk. Even belum mandi lagi, tapi disebabkan kesejukan itu, aku tetap sejuk (++ malas mandi hiksss) . Buruk perangai. Walaupun diluar hujan agak lebat, kipas dalam bilik aku tetap berputar. Nak tambahkan kesejukan katakan.

Feeling puteri bagai, bangun lewat setiap hari, sarapan terhidang siap di meja! oh syahdunya. Tapi jangan bimbang, ianya bakal berakhir tak lama jer lagi. Ok, counting! Hari ni, esok dan lusa. Yess lusa mau berangkat kain baju ke rumah sewa di KB. Oh cuak gila rasanya. Nak drive ulang alik mak abah tak bagi, sebab jauh ( bia sejam jer ponggg) + + takut letih nanti sampa tak sempat nak study. Disebabkan tak dapat pujuk mak abah, so kena stay jugak kat rumah sewa utk semester yang terakhir.

Time please move it quickly :) i'm begging

Semester baru, azam baru namun ia jadi semester yang terakhir sudah. Ehh bia betikkkkk . Ye, betik di pokok! haha . Akhirnya, sampai jugak ke semester yang terakhir. Bakal merindui zaman di universiti. Bakal merindui kelas kelas yang sudah berjaya ponteng, merindui lecturer lecturer yang salu di usha usha. Semuanya bakal dirindui. ( lap lap air mata )

Sumpah lepas nie, bakal rindu gila pada U!  hermmmssssss ..... waaaaaaaaaa

-xoxo :D-

Kehidupan lebih bermakna dgn FAMILY

Petang petang sambil layan Kerana Sarah, merajinkan jari jari (exercise la konon nyer) menaip entry baru. Teruja nak bercerita tentang family. Family segalanya bagi saya.

Alhamdulillah syukur punyai family yg cukup bahagia. Dan cukup besar hehehe. Seronok ada keluarga bahagia. Walaupun along jauh di Sg Buloh, saya tak pernah rasa kurang. Sebab adanya sepupu sepupu yang comel comel dan lucu lucu semuanya. Family saya memang sangat talkative.

Macam tadi, kami anak beranak berkumpul nak tengok LTDL 2013. Kebetulan laluan Ltdl tu depan umah atok saya. Apalagi, kami nerkumpul sakan beramai ramai tengok. Lucu, macam macam ragam dibuatnya. Tambah seronok lagi bila MrB masuk kepala dengan family saya. Bertambahlah seronokku.

Oklah saya out dulu.

-xoxo :D-

Wednesday, February 27, 2013

Untuk Bakal Suamiku

Tiap jari yang menari tiada apa yang berlagu di hati
Cuma menanti sesuatu yang pasti
Yang indah , yang kekal abadi di dunia ini

Buat bakal suamiku
Pimpinlah tanganku bersamamu
Yakinlah aku bahawa tanganmu layak memegangku
Layak menjadi imamku, layak menjadi nakhkodaku

Istana indah di alam mimpi
Menjadi igauan setiap isteri
Moga kau menjadi penyeri
Di setiap kehidupan hari hari

Aku memerlukanmu atas dasar kasih
Atas dasar sayang
Tiada balasan yang mahal ku tuntut
Cuma sebuah janji termetri ikatan di sanubari

Jadilah seorang lelaki yang selayaknya menjadi suami
Yang layak mendidik seorang isteri
Yang layak menghuni sebuah rumahtangga yang abadi
Yang layak dicontohi oleh zuriat zuriat mu nanti

Doaku
Moga kamu memenuhi impianku
Melaksana tugas tugasmu
Yang mampu memimpin tanganku
Memegang amanatmu


Sunday, February 24, 2013

Last Semester Break

Februari dah nak berlalu pergi, aku baru berkesempatan nak update belog.

Sorry, awal tahun berjanji bagai nak selalu follow up disini. Nampaknya tidak menjadi. Maafkan saya (versi Miss Wan). Banyak benda dah di storymory kan disini. Al maklumlah, tiada sebijik artikel pom terpempan disini. Uishhhh pemalas...

Begini ceritanya.
Dah berbulan madu lama sangat time time semester break, tambah tambah bila duet semakin hari semakin menciput, aku mula menyibukkan diri, nak bekerja la al kononnya.... Farah, kezen aka bff aku dah terbang ke keyL, stay dengan aunty kat sana. Diorang ade bukak bisnes sikit sikit, so Farah nih keje kat sana la. Memula nak pegi keyL dengan Farah, last minit tukar plan! Haha . Aku suh Farah g try dulu seminggu dua, then bila keadaan dah oke, aku nak fly lah plak ke sana. Alahai tak menyempat dua minggu, si Farah dah fly back. Apekes?!

Dia bercerita bagai pung pang pung pang .... Last last aku batalkan niat nak fly! Fullstop duk umah, tadah tangan mintak duet ngn along dan abah . Haha bertuah badan :D

Tibanye CNY. Ni part yang best nak bercerita ni. Kak ma, dia offer aku jadi photographer wedding kawan dia. Dekat jer lah, area Machang jugak. Aku memula tak ready, oittt ingat mudah kea nak shot brides. Tawaran demi tawaran di buka. Kak ma offer kat member dia RM250 untuk 100 keping 4R. Countim bagai, okey RM380 utk 200 keping 4R, 6 keping 8R dan 1 full album. Murah gila babasss.... Tak per lah lagipun bukannya profesional mane. Aku shot utk akad nikah, sanding dan jugak bertandang. 2 hari gua ngn Farah penat! Hasilnya bersih dapat kat aku dalam RM150, alhamdulillah. Rezeki Allah.

Lepas jer CNY, aku terbang ke Pahang. Jumpa atuk nenek sat :) with abah, mak dan adik !

Now, aku sedang bershopping sakan di Munduk with kak Ma, Farah, MrB, adik dan yakak. Happening gilosss. Duet plak bagai air keluar syurhhhhhhhh.....

Apepun, Sabtu nih aku kena balik study kat KB semula. Utk semester 5, last sem sebelum praktikal. Insyaallah, hujung tahun ini aku akan menghabiskan degree aku. Doakan aku yer.

-xoxo :D-

Monday, January 28, 2013

Setia Hujung Nyawa

Ehemmm ehemmmm ....
Update tentang cerita slot Akasia jam 7 petang di TV3 setiap Isnin hingga Khamis.

Pasti korang tengok kan?
Pasti ada komen yang tersendiri....

Ohhh gilakan Zain Hakimi .... Ersalina Amani....

Saya jugak teruja menontonnya. Malang sekali, saya perlu menonton melalui portal Tonton. Yelah, masa tu kan time Magrib, abah saya memang melarang sesiapa menonton tv masa tu. Sebab time tu la kita kena solat Magrib, mandi. Masa pulak singkat.

Even saya menontonnya di episod 6, dah terlepas 5 episod terdahulu. Sebab mula mula tengok macam menariklah. Bermulalah tengok masa mak si El ngan mama si Zain mengenenkan mereka berdua. Masa mula mula kahwin memang sweet kan depa. Tapi, bila time El gugur, semuanya berubah.

Boleh dikatakan banyak sangat nasihat dan pengajaran di sebalik cerita ni. Yang pertamanya, si mama El tu tak patut menyembunyikan hal sebenar kepada El. El patut tahu, perkara tu tak perlu disorokkan. Senang sama sama, susah mesti sama sama jugak kan. Mungkin abah dan abang El ada pandangan sendiri. Perkara yang besar macam tu perlu dibawa berbincang bersama. Memanglah sukar tapi itulah sebaiknya. Yang keduanya, even kita berkawan baik sebaik baik mana pun dengan seseorang, janganlah semua cerita kita perlu bagitaw kat kawan kita. Perlu ada cerita yang boleh diceritakan, dan perlu ada dirahsiakan untuk keselamatan diri sendiri. Macam Zain, dia terlalu percayakan kawan dia, Hady, tanpa dia tahu Hady telah menikamnya dari belakang. Kan mudah orang buat jahat tu kan. Last sekali, terimalah hakikat bila kekasih kita, orang yang paling kita sayang dah ada orang lain. Belajarlah hormati dia. Macam bekas kekasih El tu tak nampak macam menghormati Zain walhal dia tahu si El ni isteri orang.

Well, apa saja yang berlaku kita perlu amik iktibar, amik contoh dan belajarlah untuk memahami dan juga menerima.

-xoxo :D-