She is ADILA ...

Saturday, November 15, 2014

Jauh itu menguji kami

Makin lama aku rasa perhubungan ini makin hambar. Aku tak tahu dimana silap, dimana punca. Kata orang ini mungkin sebab hubungan yang berlangsung makin serius. Mungkin sebab itu Allah uji kami.

Ntahlah. Aku mengharapkan ini semua sementara.

Aku pemarah?
Bukan, aku marah sebab aku rasa dikongkong. Dia mencurigai aku. Sampai bila harus begini? Sampai bila harus berperangai begini. Aku dah muak. Muak dengar bebelan setiap hari. Nasihatnya aku anggap bebelan. Hmmm.. Aku pun tak tahu bagaimana dan bila semua ini akan berakhir.

Pasrah

Sunday, November 9, 2014

Sesal Separuh Nyawa

andai pastinya ku tahu
takkan aku tinggalkanmu
namun masih keliru teringat masa lalu
tetap tiada kulupakan
Indah setiap sentuhan
cinta yang kau tinggalkan kekalnya berdampingan
mana harus ku hamparkan rindu
tiada kesudahan
sesal biar separuh nyawa takkan hilang
masih terasa nafasmu
lembut menusuk jiwaku
tenang dihembus bayu membawa khabar rindu
tapi sunyi ku teruskan
engkau jauh kehadapan
aku tabah berjalan sembunyikan harapan
mana harusku hamparkan rindu
tiada kesudahan
sesal biar separuh nyawa takkan hilang
separuh sayangmu dihati separuh lagi kau bawa pergi
tiada arah jodoh kita
tuhan tentukannya

Friday, October 24, 2014

Mimpi itu bayang bayang

Seringkali dalam lena aku, dia menjelma. Bagai memohon satu kemaafan dari hati kecil ini. Mengapa? Mengapa hadir lagi? Bertahun lama kisah kita lenyap. Sudah lama hati masing masing beralih pada cinta yang lain. Mengapa harus hadir lagi?

Kemaafankah yang dia tuntut? Hati aku tak ikhals ke memaafkan dia? Aku sendiri tiada jawapan bagi persoalan itu. Hati ini rapuh, mudah terasa dengan segala kekejaman yang dia buat. Namun aku juga bukan malaikat yang tiada dosa padanya. Sedangkan Nabi pun ampunkan umat, apatah lagi aku insan yang biasa. Aku mencari jawapan. Jawapan yang aku nanti bertahun tahun. Sekadar mahu melegakan jiwa aku sendiri.

Entah berkali kali aku dah cakap aku maafkan dia. Mungkin maaf itu tidak telus sampai padanya. Apa lagi yang aku inginkan aku sendiri pun tak mengerti. Mungkin aku sering dambakan sepotong kata maaf itu terlahir ikhlas dari bibir dia. Dari dia yang terus hilang lenyap di telan masa. Sampai sekarang bayangnya pun aku tak pernah nampak. Cuma hadir sekadar dalam mimpi.

Hanya Tuhan saja tahu sebab kenapa dia masih hadir dalam ilusiku.

4 years had been in R/S

Alhamdulillah.
Praise to Allah give me a good man. 4 years being together with him, we start to think about our future. Lama sangat couple pun x elok jugak. Plus, nowadays we are in PJJ (percintaan jarak jauh eccecececce)...

This long journey that I experienced with him is so beauty. Belajar banyak benda dalam menjalani perhubungan yang agak serius. Frankly speak, I never been in relationship with a very long time. This is my first experience lah. Kesabaran yang tinggi, persefahaman, toleransi buat hubungan ini kukuh. Tak semua orang boleh faham cara kita, minat kita, jenis perangai kita. Tapi bila dah dapat seseorang yang boleh go on dengan kita, accept kita seadanya, jadi hubungan itu berlangsung dengan "spontan". Means spontan here, takde cover cover, very well matured, can discuss all matters, boleh agree and disagree at same time. Macam macam lagi lah...

Perasaan?
Sejujurnya ikhlas i love him. Nampak dia seorang lelaki yang boleh bimbing aku, boleh jadi pengganti abah satu hari nanti (peneman aku), boleh jadi abang yang boleh aku rujuk tika ada masalah. Dia sangatlah tinggi kesabarannya. Yang penting sangat matang. Ustaz (hahaha, dia selalu beri ceramah free kat aku, someday kita tak sedar kita buat silap kan, so dia tegur).

Future planning?
Of course to get married with the man i love one kan. Insya Allah someday ia akan jadi kenyataan. Buat masa ini dia tengah kukuhkan ekonomi. Aku pula masih on-school (insyaAllah tahun depan habis yeayyyyy nak kahwinnn). Plannyer nak ada ikatan dulu, Orang cakap untuk kukuhkan lagi perhubungan kan. Ye, kami pun ada plan jugak cuma bila tiba masanya nanti we will announce lah. Planning untuk kahwin in 2016! Haaa makkauuu .... dah save the date dah! hahaha. 

Kami merancang. Selebihnya Dia yang mengaturkan. Semoga dipermudahkan. Amin

Thursday, September 11, 2014

Redhai Pemergianmu

Tanggal 21 Mei 2014 baru baru ini, aku kehilangan datuk kesayangan, Allahyarham Hj Junoh bin Said. Masih terasa lagi kehilangan yang terlalu baru bagi aku dan yang paling terdekat denganku. Dia pergi setelah berbulan mengidap kanser perut. Walaupun kami anak beranak meredhai pemergian dia, namun di sudut hati terasa penuh sayu.
Arwah disyaki mengidap kanser (kalau tak silap aku) selepas Aidilfitri tahun lepas (2013). Semua anak anak dia (termasuk abah) cuba sedaya upaya untuk mengubati kanser tersebut. Tapi bila kami semua selalu bertemu doktor pakar, dia menasihatkan supaya tak perlu lagi operate arwah sebab atas faktor usia yang agak lanjut. Kami anak beranak akur dengan keputusan doctor kerana kami yakin dia lebih arif tentang ini. Arwah berulang alik ke hospital sebab dia mengalami kesukaran utk makan dan minum, so kami terpaksa bawak arwah ke hospital untuk tambah air (drick) serta amik darah. Bila arwah tambah air, arwah kelihatan bermaya sikit. Maklumlah bila air dan makanan dah takley telan, so masuk drick lah jawabnye.
Keadaan arwah makin teruk awal tahun ini. Susut terus tubuh arwah. Masa itu arwah dah tak mampu nak pergi hospital, jadi kami hired personal doctor to checkup him at home. Still masuk drick, sometimes vitamins untuk menyegarkan tubuh dia. Kami memang beli susu khas untuk arwah (khas utk pesakit kanser) but he refused. So, kami ganti dengan full cream milk, susu HL, sometimes kami belikan mushroom soup kat PizzaHut bagi dia makan.
Then masa bulan 5 keadaan dia makin tenat, kebetulan masa itu aku nak konvo jugak (19 Mei aku konvo). So, I told abah cakap tak payah attend konvo aku lah, sebab aku boleh jer konvo sorang2. Sebab aku dah memang stay kat Shah Alam, so takde masalahlah kan. But abah cakap dia tetap nak datang sebab ni first konvo aku. Before this (diploma) aku tak attend konvo sebab aku sibuk dengan kelas masa degree tu. So aku cakap nevermind, abah datang sehari sebelum konvo (Ahad tak silap aku). Then bila abah mak baru je sampai kat Sg Buloh, uncles call cakap arwah tenat, doktor panggil semua anak anak arwah. Abah dah gabra dah sebab baru sampai sini kan, takkan nak patah balik Kelantan. Jauh tu! Then after 2 hours, arwah stabil. So abah decide lepas je aku konvo (aku konvo petang), malam tu abah nak gerak balik dah. Masa tu sista aku amik cuti so dia pom nak balik sana jugak. Aku refused bila abah ajak balik sebab ada kelas (+ aku ada test and program). So after habis konvo abah gerak balik sana dengan mak, sista & akak.
Hari berkenaan (hari arwah dijemput pergi selama lamanya, Rabu 21 Mei 2014), kelas aku petang, aku ingat lagi kelas tu kelas HR ada test sekali. Tapi aku pergi pagi lagi sebab aku biro aktiviti utk program CSR bersama Orang Asli hari Sabtu. So aku pergi Unit Sukan blaaa blaaa blaaaa handle aktiviti. Masa tu jugak aku tak perasaan fon aku berbunyi. Masa aku rehat kejap sebelum jumpa ngn admin kat AAGBS tu lah aku check fon, then ada berbelas miscall dari akak. Then belum sempat aku call balik, dia call and cakap arwah dah pergi buat selamanya. So dia suruh aku balik ngn kezen aku yang duk kat Gombak (mulanya aku plan nak amik flight terus). Then aku terus rushing pegi KTM Padang Jawa direct ke KTM Batu Caves. Kezen aku tunggu kat situ. Then dalam kul 2 kami gerak keluar dari KL. Namun tetap takde rezeki nak kucup arwah bila aku tak sempat sampai sebelum kul 6. Masa tu semua call aku cakap nak kebumi arwah dah sebab dah lewat, tak elok jugak lambat2. Aku sampai kat kubur tu masa selesai baca talkin dan masa tu family siram pusara arwah. So, aku hanya mampu jirus air mawar sahaja.
Sedih tak terkata. Kehilangan pertama yang meragut kebahagiaan kami anak beranak. Syawal pun kini suram. Sebelum aku ke Shah Alam semula utk sambung semester 2, aku sempat ziarah pusara arwah.
Al Fatihah.

Wednesday, June 18, 2014

Siapa aku sekarang?

Assalamualaikum.

Belog yang dah 4 bulan aku tinggalkan. Aku menyepi. Baru ku tahu last entryku ketika baru menjejakkan kaki ke bumi Kuala Lumpur untuk training bersama RHB. Kemudiannya aku menyepi seribu erti.

Hati terjenguk rasa terkilan bila tak mampu luang masa membiarkan jari berbicara di keyboard. Apa yang mampu aku lakukan hanya biarkan jari bermain di keyboard untuk menaip benda yang lebih penting. Tatkala aku ada ruang untuk bercerita biarlah aku bebaskan otak aku dari segenap ceruk dunia untuk menulis cerita di alam maya ini.

Tatkala ini aku di Perpustakaan Tun Abdul Razak 2, UiTM Shah Alam.

Siapa aku sebenarnya sekarang? Tika aku tinggalkan belog usang ini aku baru berkhidmat sebagai pekerja bank di RHB. Saat itu aku jalani praktikal dan latihan di Hotel Plaza Kuala Lumpur selama 2 minggu. Kemudian selepas itu aku bergerak kembali ke Machang. Di Machang aku ditugaskan di Pejabat Pos Machang. Bosku perempuan yang berusia lewat 20an dan masih bujang. Aku bekerjasama dengan seorang lelaki bujang yang turut sama bekerja di kiosk tersebut. Jo namanya. Ku anggap dia senior aku. Hari hari aku jalani kehidupan sebagai sale executive. Bunyi hebat. Tapi lebih kurang salesgirl di pasaraya yang hari hari memujuk customer membeli produk. Bos asyik menekan bila aku tak mampu buat sales. Sebenarnya aku mampu, cuma tatkala itu semua sales aku bagi pada Jo sebab aku masih tiada ID untuk masuk dalam system RHB. Menjengkelkan! Tapi aku pasrah, ini jalan yang aku pilih.

Hari hari aku lalui dengan penuh kekusutan dijiwa. Tiada kedamaian rupanya menjadi seorang banker ini. Yang paling melucukan bila aku tersondol tebing longkang. Remuk jugak skirting kereta aku. Lepas itu, abah aku mula masuk campur bila aku susah untuk kawal emosi aku. Panggilan Master pulak memanggil manggil. Abah mendesak aku. Abah impikan kerjaya aku lebih baik bila aku sambung Master. Abah impikan aku jadi lecturer. Abah ohh abah....

Lalu keputusan dibuat. Pertengahan Mac aku sambung Master.

Then sekarang aku hampir habis 1 sem di Shah Alam. Alhamdulillah, walau peritnye ada, namun aku tak stress seperti seorang Sales Executive. Orang selalu bercakap, the beginning always the harder. 

Yang penting aku sekarang mampu!