She is ADILA ...

Sunday, August 18, 2013

Kun Fa Ya Kun

#Home

Terasa berat hati nak mulakan cerita. Entahlah, seperti membuka pekung di dada sendiri. Seperti membuka masalah peribadi sendiri. Sisi sedih yang tak pernah orang lain tahu. Sisi di sebalik gambar gambar mesra kami. Sisi itu sisi kelam, sisi gelap, sisi sedih yang tak dapat diungkap dengan kata kata.

Soalan demi soalan menjengah di fikiran. Sakit hati, marah, geram bercampur baur. Tak salah menilai, mengkritik, tapi biar berpada. Biar tahu menjaga hati orang. Aku budak U, bakal pemegang skrol ijazah tahun depan. Bakal bergelar pegawai, mungkinlah ... (aminkan), datang pula dari keluarga yang berkemampuan (walau bukan anak orang kaya). Tapi keluargaku cukup segalanya.

Dia, sekadar budak lepasan SPM yang terkontang kanting bekerja keras di sebuah bundle. Share dengan rakan kongsi sebuah kedai di pinggir bandar, menjual barangan bundle (orang kata barangan lusuh). Jual segala macam jenis benda, tak kira baju bola, kasut, jeans, jam, wallet, belt dsb .... Kadang kadang fly ke Hatyai (bukan dengan airplane, but by car). Dia pulak hanya memiliki sebuah skuter Nouvo. Ibunya golongan ibu tunggal yang hanya bekerja kampung (mengurut orang, menoreh padi). Rumahnya kayu yang serdahana kecil. 

Persoalannya?

Layakkah dia berdampingan dengan aku? Mata ramai menggeleng, katanya tidak sesuai. Aku budak U, dia hanya peniaga bundle. Aku anak orang senang, dia pulak dari keluarga yang sangat sangat biasa. Kenapa orang menilai begitu? Tak layak ke aku berkawan baik dengan dia? Takut jatuh miskinkah aku bila hidup dengan dia nanti.

Senang cerita begini ....
Biarlah Tuhan tentukan jodoh kami. Biarlah dengan takdir Tuhan itu yang mempersatukan kami berdua. Andai Tuhan tu dah tetapkan jodoh kami sudah tertulis di Luh Mahfuz, siapa kami untuk menghalangnya. Andai benar dia jodohku, satukanlah kami dengan sempurnanya. Biarlah ajal yang memisahkan kami andai benar kami bukan ditakdirkan untuk bersama.

Yang pasti kami percaya pada Kun Fa Ya Kun......

_xoxo_

Setelah bertahun tak keluar outing bersama

#PTJM

Mood hari Ahad bekerja dah on. Please la, dah minggu kedua selepas raya pun masih ramai staf amik cuti. Hadoiii.... tinggallah terkapai kapai budak budak praktikal sorang, dua tercongok dalam ofis ni. Buat buat rajin pulak aiii.

so sekarang nie mata tengah melayu nak tidur. Jam dah pukul 3.15 petang. Mengantukkk bagai. Tetibe nak update belog. Kelmarin tak sempat nak uodate belog. Sebab outing dengan old best friend. Fulamakkkkkk! Best weyyy

My old best friend tu Zula namanya. Mengenali dai sejak mula mula berhijrah ke Balai Polis TM. Kat situlah detik detik perkenalan kami. Rumah dia kat blok depan rumah aku. So berkawanlah kami. Dulu selalu keluar ke bandar sama sama. Then suka melepak kat Esso, makan makan icecream sambil lepak usha usha abang aband Esso. Nakal betul.

Masa berlalu pantas. Dia ke sekolah asrama penuh, aku pula ke sek men biasa. Dia pulak berpindah keluar dari berek polis tu. Then keluarga aku pulak stay situ sampai lah aku tamat SPM. Then disitulah aku berhijrah ke Kuala Krai, sebelum menetap tetap di Machang. Sekarang ni kami sama sama sekali lagi tinggal kat Machang. Cuma berlainlah kawasan saja. Aku di Bandar Machang, dia di hujung daerah Machang. Kami selalu jer chat kat FB. Tapi kelmarin lain. Dia ajak aku keluar!

So, aku cancelkan terus date aku dengan Mr B demi dia. Berusaha kowt, sebab dah lama tak outing sama sama. Banyaknyer kami borakkan. Dari Machang, aku dan dia ke Pasir Puteh, pegi kedai Eco Save. Semua barang barang kat kedai tu harganya RM2 sahaja. Mak aiii .... aku rembat beberapa buah frame gambar, tisu 1 paket, cawan comel 1 set (4 biji semuanya ... gambar smile lagi) then periuk kecik utk masak meggi (kaler Merah makngahhhh). Zula pom borong tak kurang hebatnya. Menghabiskan duet memang kerjaan kami kan.

Then, move again terus ke Kota Bharu. Mula mula plan nak g makan McD je kat WCY. Lepas tu Zula kata dia nak ke Watsons. Dah alang alang nak makan + nak g Watsons, aku cakap better pegi KB Mall terus. Lagi mudah. Kereta terus memecut ke KB Mall. Sempatlah kami makan Mc D Lunch Value sebab masa tu lebih kurang kul 2.30 petang. Lepas makan borak borak lagi kat Mc D, kami start meronda. Dari Guardian ke Watsons, terus naik ke level 2, masuk Reject Shop, Brand Outlets, Vincci then terus turun pergi Thai market kat parking bawah. Sempat jugak aku rembat 3 helai T-shirt kt Brand Outlets. Zula pulak beli peplum kat Thai market. Cantik weyhhh, kaler cokelat soft.

Habislah duet aku sebanyak RM70 hari ini. Hahahaha.... sangat sangat puati bila dapat keluar dengan Zula macam zaman zekolah dulu kala. Then ada beberapa percutian hangat mula kami rancangkan. Hohohoho, tak sabar. End of day, Zula selamat hantar aku kat rumah setengah jam sebelum jam 7 petang. Jumpa lagi Zula!!!

_xoxo_

Friday, August 16, 2013

Picnic Raya

#Home

Sambil sambil upload gambar dalam fesbuk, sempat lagi saya nak uodate belog. Biarpun jam sekarang pukul 12.23am, tetap rajin nak ngedat belog. Ok keletihan kepenatan kekejangan otot dah ni. Tapi masih bersemangat nak menaip disini.

Ekceli sepetang tadi saya menghabiskan masa dengan whole family. Kami ke Pantai Perkasa, Melawi, Bachok. Hohoho sangat2 lah best giler.. dah lama x mandi laut nie. Whole family tu trrdiri daripada makcik makcikku, pakcikku, sepupu sepapat, dan tak lups utk join sama sama dengan kami ialah boyfie saya. Begini lah kami, selalu keluar dengan family, ramai2. Boleh dikatakan xpernah keluar berdua bila jauh dr bandar Machang. Kami sentiasa diawasi oleh family terdekat ;)

Berbekalkan DSLR secondhand saya nie, yg berusia 2 tahun (dibeli tahun 2011 rasanya), kami posingmaut. Gilernyer bergambar hanya tuhan jer tahu. Macam macam aksi! Lompat x lompat, baring la, ape laaa... alahai amat2 happening. Kami semua memang sekepala. Bukan saja sepupu sepapat, malah lebih dari tu. Dah jadi bff, besties forever....

Kekalkanlah kebahagiaan keluarga kami ya Allah.

_xoxo_

Thursday, August 15, 2013

Mencintai dunia masakan

#Home

Pagi ni sengaja aku bangun lewat sikit berbanding selalu. Tak lewat mane pom cuma 9.30pagi jer. Selalunya 6.30 aku dah bangun sebab nak pergi office. Bila hujung minggu ni sengaja aku lewatkan bangun pagi. Sebenarnya tak elok jugak kan bangun lewat. Rezeki susah datang katanya...

So, lepas jer bangun aku biasalah bersarapan dulu. I never skip my breakfast. Niat di hati nak kuruskan badan, tapi tak nak skip sarapan. Sarapan kan bagus utk metabolisme badan. So, dinasihatkan jangan tak makan pagi yer adik adik.

So selesai makan bekpes, mihun goreng, aku start tolong mak. Ok today nak masak kari ayam. Hohohoho, i like it, sebab ianya mudah. Aku yang tak reti masak ni mula mula tengok mak masak kari ayam dah bole tahu dan hafal step step utk btnkari ayam. Nak tahu macamane?

Resipi kari ayam
1. Tumiskan bawang merah yang sudah dikisar sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan rempah kari. Seelokanya gaulkan rempah kari dengan lada kering yang sudah dikisar. Ia lebih menambat selera serta warna lebih nampak pekat.
3. Masukkan ayam yang sudah siap dipotong dan dibersihkan.
4. Masukkan santan sebanyak mana yang anda suka. If nak kuah banyak, buh la santan banyak.
5. Masukkan kentang dipotong ikut citarasa.
Thennnn siappppp

Mudahkan?
Itulah resipi kari ayam saya. Saya sebenarnya mula mencintai dunia masakan yang tak pernah saya suka dulu. Ini semata mata utk kehidupan saya akan datang. Lebih kepada bakal anak anak saya nanti. Niat di hati saya nak sangat sangat jadi mama yang serba tahu. Insyallah...

_xoxo_

Bloggeroid

#Home

Dah lama dah aku carik application yang direct boleh update belog. Sejak pakai Tab 10.2 nie, beberapa bulan yang lalu, sekarang ni baru aku berani nak godek godek application dalam Playstore. Rupanya bahpnyak sanagt yang aku tahu.

Ok aku jakun sangat2!

Last last aku jumpa bloggeroid. Wahahaaha ini application yang sangat menarik. So sekarang tak payah la nak Google2 tengok nak bukak blogspot. So, sekarang dengan adanya bloggeroid ianya memudahkan aku nak update belog ini.

Ok mr B dah bebel masa ini belum tido lagi. Ok log out dulu, byeee!

_xoxo_

SilkLite bagus untuk kesihatan

#Home

Korang pernah dengar tak barangan kesihatan dari Silklite. Ok meh aku nak share simit dengan korang nie. Kepada yang dah familiar dengan Silklite nie mereka mesti tahu ianya barangan kesihatan seperti mesin urut automatik mudah alih serta selipar kesihatan. Ok Silklite ini produk dia amat amat lah berbaloi untuk dibeli. Mudah, murah, selesa utk dibawa ke mana mana sahaja. Ekceliakupombaru tahu tentang produk ini. Ini semua gara gara seorangakak ni datang nak promote barang nie kat ofis aku.

Aku pulak jenis yang suka sangat membeli. So memang kena lah. Akak tu promote promote bagi aku try test produck dia. Memang la terasa urutan guna mesin tu. Lagipun jenis mesin tu macam ipod, mudah kecik pulak tu utk dibawa. So benda nie x menyukarkan utk dibawa ke mana mana. Essy to use, many function, electrolic, so why not i should'nt buy this thing. It will be benefit for me. So, kerana dek harganya RM29.90 so, why i not grab this chance? So, i made an offer, and akak tu said she will come yesterday to give the thing and collect the money.

So, grab la aku 1 item. Pung panh pung pang pikir wajar or tak, memebazir ke tak. Last last aku diamkan saja rasa hati. Dalam hati ade jugak timbul kekesalan. But, it too late! The thing will be giive by tomorrow. It ok, nevermind. Pujuk hati sendiri. It will be bring a benefit for me. I trust you SilkLite!

Esokknya (petang tadi) akak tu sampai la kat ofis. Hajat di hati nak larik dah x mo bayar and amik barang. Tapi memandangkan this is her job, why i did'nt helped her? So without any perasaan mencurigakan, perasaan menyesal, aku bukak purse, hulur not RM50. She give me the balance, sambil smabiltu dia keluarkan pulak selipar kesihatan. Adoyaiiii....

Dik, amik la dik, 20ya jah..... offer ni dik ...
Ishhh serba salah pulak aku. Kakak weiii, saya nie budak praktikal jer kak weyy. Guna pon sbb duet raya banyak taun nie. Sekali lagi aku tutup mata bayar dengan not 20 yang balanxw tadi. Ok clear RM50 sepetang nie dengan 2 barangan kesihatan. Dalam hati kata xpe barang ni bagus.

Ekceli tak rugi u all if u all beli produk kesihatan. Lagipun benda nie bagus. Kadang kadang kita tak sayang duet beli bayu kasut memahal giler, tapi utk beli produk kesihatan, FAILED! Amatlah tak patut jika kita ignore our body. Give the body some allowance to make it keep fresh always. So, moralnya jangan kedekut utk benda yang berfaedah yer adik adik sekalian. Beg kasut perlu dibeli, di tukar ganti, bila ianya betul2 diperlukan. U all kena ingat u all melaram bagai nie feeling artis ke!

Hahaha ... good night.

_xoxo_