She is ADILA ...

Wednesday, August 14, 2013

Majlis Perpisahan OA Hj Kamaruddin

#PTJM

Today office aku ada buat majlis sikit sempena perpisahan OA dari PTJ Machang ke PTJ Tanah Merah. Aku ada la bawak biskut raya sikit sikit, campur campur sebab dah tak banyak biskut raya kat rumah. Then aku bawak jugak siput goreng aku tuh. Aku bawak sikit jugak, nak bagi officemates rasa biskut raya aku lerrr.

Majlis tu OA yang sponsor sendiri. Dia bawak nasi Arab + sikit sikit biskut raya. Sedap youuuu nasi Arab dia. Sangat sangat lah rajin wife OA bangun pagi pagi semata mata nak sediakan nasi Arab utk staf pembangunan hari ini. Sebab nasi tu agak banyak so, kami panggillah staf staf unit lain. Panggil DO (District Officer). That first time I met DO, very nice guys even look tegas sikit. Sangkaanku meleset bila dia ramah jer dengan staf staf lain, ramah dengan budak budak praktikal macam kami. Alhamdulillah, tak mengira status jugak lah dia.

OA is stand for office assistance, like macam ketua kelas lah. Itu ayat pertama bila aku masuk lapor diri di unit ini. Hahaha... agak alim orangnya, sangat sangatlah hardworking you. Sangat sangat baik tapi agak kurang bercakap. Tak semestinya orang yang kurang bercakap tu sombong yer... Haaa ingat tu. Sebab aku jugak bukan dari golongan yang cakap banyak. Bercakap jugak tapi tak banyak.

Ok lah , untuk OA selamat berkhidmat di tempat baru yer.

_xoxo_

Muka baru , Mood baru

Betapa malasnya tahun 2013 nak update belog. Kusam, tak up-to-date, no followers. Itulah yang terjadi pada belog aku. Kenape?

Sebab Malas.

That the point. Malas sebab ape? Layout tak tukar. Layout nampak childish sangat. Warna yang grrrrrr... Sakit hati rasanya nak nengok. Last last aku update new layout. Yes, semangat berkobar kobar nak update belog. Pembukaan yang menarik dengan cerita raya, cerita pasal internship. Wahahahaha .... seronok!
 
Yang penting, sekali lagi change header belog. Kali ini letak She is Adila .... sama dengan url la plakk . Seem so gorjes, let me presented the new of http://sheisadila.blogspot.com

_xoxo_

Tuesday, August 13, 2013

I am here @ PTJM

#Week 4

Assalamualaikum PTJM . Alhamdulillah sudah 4 minggu berada di sini. Korang semua tak tahu kan (sebab aku tak inform pom... hehehehe) , aku sedang berkhidmat di Unit Pembangunan, Pejabat Tanah Jajahan Machang. Yes, I am.

Berkhidmatnya aku di sini sebagai budak praktikal. Hohohohoho .... yes this is my final semester. Alhamdulillah. Bakal berakhir pada Disember 2013 (yeaaayeaaaahhh tak lama lagi), aku di sini menjalani kehidupan latihan industri dan jugak perlu buat thesis. 

Thesis?!!
Tajuk thesis pom tak sempat aku carik lagi. Haaadoiiii

Memilih untuk berkhidmat di Unit Pembangunan adalah sangat sangat menarik minat aku. Full name department ini adalah Unit Pembangunan Fizikal dan Masyarakat. Create event .... buat itu ... buat ini. Ianya lebih kepada membina sesebuah jajahan tak kira dari segi masyarakat ataupun fizikal seperti bina bangunan, rumah rumah PPRT dsb.

Ok, lets me stop here. I will continue later.

_xoxo_

Zaman makin maju, Jenayah makin Bertambah

#Ini fakta

Siapa setuju zaman moden ini lebih tinggi kadar jenayahnya? Boleh dikatakan semua bersetuju. Zaman sekarang zaman moden, arus globalisasi mengalir bagai air, permodenan tercipta sana sini. Tapi tahukah anda semua, kadar jenayah juga makin meningkat?

Akhbar sana sini menceritakan hari hari berita tentang jenayah. Tak kira jenayah depan mata, jenayah siber semuanya boleh dikatakan setiap hari berlaku. Jika zaman dulu, kiranya pelik jika terdengar berita mati dibunuh. Tapi sekarang! Everybody have a chance to be DIED. Yes, it not just a statement, but it it happen in Malaysia right now. Gejala tembak menembak makin berleluasa. Terpempan sana sini dalam akhbar cerita Mati di Tembak, Mati di Bom. Malaysiaku aman damai kah?

Persoalannya mengapa ia berlaku?
Apakah sistem keselamatan di negara kita longgar?

Banyak persoalan bermain di minda. Salah siapakah semua ini berlaku? Sampai bilakah kadar jenayah di Malaysia semakin hari semakin naik? Adakah kehidupan di Malaysia ini masih selamat? Atau semua orang patut membimbit pistol ketika keluar membeli belah untuk keselamatan diri sendiri?

Renung-renungkan. 

Selamat Hari Raya kawan .......!

Setahun lama menanti, hari lebaran menjelang lagi. Tak kira kecik, tua, muda pasti seronok menjelang lebaran. Dan yang pasti aku turut bahagia di lebaran kali ini.

Kenapakah?

Ini disebabkan kakanda tersayang turut beraya bersama. I heart her so much laa! Along come back home for a week, rasanya tak silap aku 5 hari sebelum raya. Sempatlah dia berbuka di rumah dlm 3,4 hari. Berbuka dengan airtangan ibulah yang paling bererti di bulan Ramadhan. Sepanjang hari menahan diri berpuasa, akhirnya berbuka dengan juadah yang cukup istimewa dari mak.

Juadah tak perlu mewah, tak perlu banyak. Cukup untuk mengalas perut kosong seharian ini pun dah cukup. Berlaukkan ayam goreng pedas, sambal, timun pom mampu membuka selera. Ya Allah, betapa besarnya kenikmatan air tangan ibu ini. Aku pernah tonton siaran WHI, ada membuat liputan tentang Air Tangan Ibu. Tak dinafikan ada sejenis kelenjar aktif yang mampu meransang sesuatu menjadi hebat apabila dibuat dengan penuh keikhlasan. Itulah air tangan Bonda! 

Bercerita tentang persediaan menyambut lebaran kali ini, aku memilih untuk terus menerus SIMPLE. Cukuplah dengan baju sepasang yang cukup elegan. Hahaha, warna biru tiffiny (agaknyanye larh....) jadi pilihan hati. Sedondon dengan kekasih hati lagi euwwwwwww..... (ini gedik)! Taklah, sebenarnya baju yang dikatakan cantik itu adalah baju dinner aku yang aku tak jadi pergi tu. Ekceli baju tu dah lama siap, baju tu untuk malam pra-graduan aku. Tapi disebabkan aku ni agak cerewet orangnya, masa time nak g dinner tu, duet tak baper nak cukup utk beli tudung, aksesori bagai. So, dengan rasa tak bersalahnya aku terus tak pergi dinner tu. So, tanpa membazir berkali-kali, aku pakai jelah baju tu untuk hari raya. Apa salahnya kan , lagipun baju tu tak pernah ku pakai lagi.

Berbaju biru, bertudung pink lembut. Memang masuklah sangat sangat biru tu dengan pink. Aku berusaha jahit border lace kat baju tu then tampal sekali dengan manik. Border lace tu aku pilih kaler pink belacan, then kat atas tu aku jahit pulak manik manik bulat yang kecik kaler tiffany tu. Youuuuu ............ mengancammmmmm! Manik-manik itu siap dijahit sehari sebelum raya. Mak aiii , nak dibuat cerita hari last puasa tu aku jatuh sakit, gara gara balik lewat malam pergi majlis mahasiswa mahasiswi. Pergi majlis tu dapat lah merasa duit raya dari YB Jazlan , RM100 seorang. Alhamdulillah. Lepas majlis tu, aku jatuh sakit, demam selsema. Itu dugaan. MC lah aku hari last puasa, bila lepas sahur tu aku telan ubat, 3 biji, terus segar tak tidur siapkan manik manik. Seharian aku bekerja keras untuk hari lebaran keesokkannya.

Juadah raya? Ok hari raya pertama tu kami menyediakan RENDANG, KETUPAT, KUAH KACANG, PULUT KUNING, NASI IMPIT, serta AGAR-AGAR ANGGUR & ROSE. Air tangan aku semestinyalah agar-agar tu. Ohh, tak lupa pula pada Pavlova yang aku tempah dengan kawan baik aku, Zula namanya. Sedap youuuuuuuu... Mr B yang tolong bayarkan. ILY lahhh hahahaha.... Ramainya orang datang rumah hari tu. Kawan kawan pejabat abah datang, family aku lagi, kawan kawan lagi. Habis licin. Petang tu aku goreng mihun pulak untuk tetamu tetamu. Alhamdulillah habis..... Raya kedua pulak mak buat MEE SOTO. Jemput lagi family belah abah aku. Mak mak sedara, sepupu sepapat, semua datang! Alhamdullillah again habis. Mr B pon datang, dua hari berturut turut lagi youuuuuuuuuuuuu ...... 

Raya seronok tak? Haruslahhhh! Ya Allah aku mohon kau kekalkanlah kebahagiaan ini. Amin.


Aidilfitri 2013
Aidilfitri 2012


Wednesday, July 31, 2013

Janji dia , janji kosong

#Ramadhan23

Baju raya masih takde lagi. Sebelum nie, dia janji nak pegi shopping sama sama tapi, bila dah sampai hari ini, takde istilah nak keluar shopping sama sama. Apa dia tahu, keje keje keje ..............

Terima kasih kerana rajin carik duit. 
Sebab itulah dia sampai takde masa untuk aku. Takde perasaan ke dia? Hurmmmm , ntah lah aku malas nak carik gaduh hanya sebab baju raya. It sound so ridiculous! So, raya tahun ni aku cuba utk suka suka walaupun dalam hati membara nak marah.

Takpe la, aku nak tengok. Ramadhan kan ade beberapa hari lagi kan. Sempat atau tak dia belikan aku baju raya. Kalau tak sempat, memang tak beraya la taun nie. 

Sakit hati jugak kan bila orang tak pedulikan kita!!!