She is ADILA ...

Thursday, October 4, 2012

HomeSick

Assalamualaikum....
ehemmmm ehemmmmm hari nie hari Khamis. Ekceli, kebiasaannya petang petang cenggini aku dah melepak kat rumah. Santai wehh! Tapi minggu nie =( minggu aku terpaksa berkampung di KB. Ahhh mencikkkk!
Gila aku homesick even tak sampai sejam pun dr KB ke rumah aku.
Biar! biar orang cakap aku gila homesick. Takpe. Tak marah pom. Cuma i miss it so much ++ miss my big family! ohhhh no *airmata airmata. Dah la terpaksa berkampung di sini 3 minggu *pengsan. Ohhhh tidak! Tapi tak pe la, demi cuti panjang yang akan tiba tak lama lagi aku relakan saja. Ekceli banyak giler assignment aku. So i have to complete it before mid term break. Dah tentu tentu aku sibuk sepanjang mid term break. My beloved kezen nak kahwen! haishhhh seronokkkkkkkk =)))))

bosan giler! bosan bosan bosan

all my roomates tengah syok berdengkur. aku plak cerah jer bijik mata ni. yelah sebelum on lappy nie aku dah bedal nescafe 2 paket. mau tak cerah LoLLL ;) sambil sambil melayan boring yang memang sedia ada nie aku rerajinkan diri jenguk dan sapu sapu habuk kat belog aku. niat di hati nak delete terus jer belog ni, tapi law pikir pikir ape aku nak buat law boring cenggini. lalu aku telah menukar segala bagai disini. nah MUKA BARU belog aku. just simple, same goes like me ;) keboringan nie la menyebabkan aku melayan kembali diari online aku nih. lama siot! aku rindu kau belog. tapi dek kesibukan melampau ++ ade something *benda baru hadir dalam hidup aku selagi gus boleh melenyapkan belog aku dr ingatan aku nih.

apekah menatang benda baru tuh?

jeng jeng jengggggg i already have my own smart phone! alhamdulillah lama  giler aku idamankan, last last dapat jugak aku memilikinya. BB Curve 8520 yang tak seberapa megah BOLD 3@4 aku tetap bersyukur! sekurang kurang dapat la jugak aku merasai memiliki BB walaupun agak lama aku nak dapatkannya =). oke laaa aku nak break dulu. solat Asar kejap. Insyaallah aku datang balik 


Andai Aku Jadi Bintang

andai aku jadi bintang
aku mahu engkau jadi bulan
biar lengkap malam gelita ini
biar cerah sekian alam
biar tenang dibuai angin sepi


andai aku jadi bintang
aku mahu jadi bintang yang paling cerah untuk kamu
paling gemerlap sinarnya
biar engkau tahu
hanya aku diperlukan dalam hidup ini

andai aku jadi bintang
aku mahu jadi bintang yang secantik cantiknya
untuk kamu
agar kamu tak bisa memandang pada yang lain
biar kamu tahu betapa perlunya kamu untuk aku

andai aku jadi bintang
biar aku yang dodoikan indah malammu
biar aku nyanyikan sepi malammu
biar kamu tahu
apa saja aku lakukan
aku buat untuk kamu
seikhlasnya

Wednesday, May 30, 2012

Di sini ada Bahagia

Sudah lama tidak meng'up-date blog. Entah kenapa jarang sangat saya menulis di sini. Itu lebih baik bukan ;) Kadang kala saya jenguk blog blog kesukaan saya. Tapi entah kenapa idea tidak lagi datang mencurah curah seperti dahulu. Sengaja saya biarkan blog ini sepi sekejap...

Dalam kesepian blog ini, jangan ingat saya juga kesepian jugak. Sebenarnya, dunia saya lebih indah di luar sana. Syukur! Bukan senang mencipta bahagia di atas satu kemusnahan. Susah payah utk bangkit berjalan dan mencari sirna baru itu bukanlah sesuatu yang mudah. Terima kasih kekasih! Kenapa? Kerana dialah yang diciptakan olehNya utk bersama saya tika susah dan senang. Alhamdulillah. Onak duri kami tempuhi, akhirnya sampai jugak di suatu tahap di mana hubungan ini di fasa tahun ke 2. Syukur. Hubungan kami masih aman.

Kadang kala ujian kecil datang. Tuhan selalu menguji umatnya ;) tapi kami sentiasa hadapi dengan tenang. Mungkin itu kunci keberkatan hubungan ini. Walaupun kami baru di fasa percintaan, namun kami selalu sedar bahawa kami perlu buat yang terbaik utk menjalani kehidupan di fasa fasa lain. Kami jugak seperti pasangan yg lain. Ada hajat dan ada impian... Tak pernah menipu utk menafikan, memang kami serasi bersama. Alhamdullilah. Berkat barangkali ;)

Tiada layanan istimewa di berikan olehnya, tiada kemewahan yg diserahkan kepadaku. Dia cukup simple! Tak pernah nak menunjuk. Jarang sekali saya diberikan kemewahan tika bercinta. Dia cermat, katanya untuk masa depan. Tak perlu nak tarik muncung pat belas depa... Sememangnya dia betul sebab sentiasa fikirkan masa depan. Bukannya jenis yg ikut kemahuan si kekasih. Alhamdulillah, Tuhan ciptakan dia untuk membentukku. Syukur syukur!





Terus terang ku ucapkan, memang kami sedang berusaha menuju ke arah suatu perhubungan yang kukuh, direstui dan halal. Insyaallah, jika Tuhan izinkan niat kami, kami akan capai impian kami. Semoga Tuhan mendengar isi hatiku berkata ....

Tuhan, Kau satukanlah hati kami berdua , amin ....

 

Friday, May 4, 2012

Kalau bahagia itu milik awak ...

Pernah engkau hargai, cintaku yang sejati ....

Tikkk tikkkk airmata jatuh lagi. Cinta lama merewang di fikiran. Bahagiakah aku? Terdetik jugak seketika berfikir tentang masa depan cinta yang aku bina hari ini. Masih indah walaupun sudah setahun. Ini erti cinta sebenarnya. Aku biarkan diri aku dicintai oleh yang lain. Bahagia. Dilayan bak puteri. Kemanisan itu aku rasai hingga ke dasarnya.

Tapi mengapa sang cinta lalu masih di hati. Bukan dihati namun tetap di fikiran. Ikhlas aku tika melepaskannya? Mengapa masih ada sisa rindu di hati walaupun sudah lama berpisah? Tuhan tunjukkan aku jalan sebenarnya .... aku mohon petunjukMu , amin

Tuesday, April 24, 2012

Mencari Keberkatan dalam Percintaan

Puas dihitung salah di mana apabila sesebuah perhubungan yg telah berlangsung sekian lama musnah begitu sahaja. Dikira kira ia seperti tidak logik. Bagaimana mungkin boleh roboh ikatan cinta yang terbina sejak sekian lama. Tidakkah kita tahu zaman percintaan adalah fasa mengenali dan mencari keserasian. Bagaimana mungkin perkara ini berlaku?

Tidak ada mustahilnya jika dalam fasa perhubungan itu tidak barakahnya. Keberkatan itu di utamakan. Mencari keberkatan dalam menunaikan sesuatu adalah sesuatu yang wajib dilakukan. Abah sering berpesan, jangan terlalu sakan bercinta, takut tidak ke mana. Mungkin benar. Orang lama lebih lama makan garam daripada kita. Tapi jiwa remaja sentiasa memberontak. Ke mana sahaja ingin ditayang tayang wajah si kekasih hati. Seperti ingin dilaungkan, "Dunia ! Lihatlah ! Inilah kekasih hatiku, penawar rindu, pengubat di kalbu". Tapi selepas itu ke mana? Takkan ke mana. Cinta itu jarang bertahan lama.

Sebab itulah kita wajar mencari keberkatan agar diredhai, agar di permudahkan setiap urusan kita. Bukankah percintaan itu adalah urusan yang kita perlu langsaikan sebelum menjengah ke alam perkahwinan? Jika dahulu pilihan keluargalah yang menjadi urusan. Tapi tidak pada masa kini. Masing masing mahukan "urusan" itu dilakukan sendiri. Dan keluarga hanya menjadi pengukur sahaja. Jika baik, baiklah. Walaupun begitu, tidak salah jika kita mendahulukan urusan itu dengan mengikut kata hati kita sendiri. Tidak salah! Asalkan ianya sudah di nilai sebaik baiknya.

Bagaimana yang dimaksudkan dengan keberkatan itu sendiri?
  • Jika kita merasa dialah milik kita selamanya, kenapa perlu dicanang canang sebelum tiba waktunya. Nanti akan hilang kejutannya nanti. Adalah berkat jika kita sendiri tidak mengheboh hebohkan benda yang tidak pasti hitam putihnya. Ini untuk mengelakkan daripada terjadinya fitnah berleluasa.
  • Keberkatan itu hadir dalam cinta itu sendiri. Kenapa kita memilih si dia? Kadang kala benda ini tidak menjadi sesuatu yang yakin. Terimalah dia seadanya. Insyaallah pasti mendapat berkat olehNya.
  • Mencari keberkatan keluarga. Restu itu diutamakan. Kadang kala, ada juga keluarga yang menentang. Sebaik baiknya berbincanglah. Moga mendapat suatu kata putus yang adil bagi kedua dua pihak. Jika masih tidak mempunyai kata putus, berserahlah pada Allah. Dia lebih mengetahui segalanya.
Insyaallah, berkatlah hubungan itu jika ke semua perkara yang mendorong ke arah keberkatan di utamakan. Semoga sama sama kita insafi diri kita yang hina dina ini. Tidak salah bercinta, asalkan kita tahu halal dan haramnya. Sama sama kita mendoakan yang terbaik dan agar mendapat keberkatan dalam perhubungan. Perhubungan yang dicipta bukan untuk jangka masa yang pendek, insyaallah untuk kekal selamanya hingga ke Syurga sana.

Selamat beramal ! 

Sunday, April 22, 2012

Cinta tanpa Restu

Di antara banyak banyak jenis cinta, inilah cinta yang paling ditakuti oleh semua orang. Iaitu cinta Tanpa Restu. Orang kata cinta ini takkan ke mana. Cinta yang takkan kekal sampai bila bila. Cinta sebegini pasti teruk di badai pelbagai masalah, konflik dan sebagainya. Inilah dinamakan cinta tanpa restu. Cinta sebegini juga tidak mendapat keberkatan daripada Illahi. Bagaimana hendak mendapatkan berkat jika ianya terjalin tanpa restu. Paling penting adalah restu daripada ibubapa. Berkatnya sesebuah hubungan adalah daripada berkatnya doa ibubapa.

Semoga kalian semua mendapat cinta yang direstui olehNya. Amin